fbpx

Daftarlah Medical Card Anda Seawal Yang Mungkin

  • 6 years ago
  • 2Minutes
  • 253Words
  • 359Views

Berikut adalah artikel dari FB Tn Norajian Kamarudin berkenaan medical card.

Seorang pelanggan bertanya;

“Adakah saya boleh terus menggunakan medical card yang saya sign up ini apabila diterima nanti?”

Baiklah, biar Abang Aji terangkan.

Apabila submit sahaja proposal dan bayaran pertama diterima, maka anda layak untuk menerima pampasan kematian akibat kemalangan.

Apabila proposal lulus, perlindungan rawatan akan bermula serta-merta untuk kemalangan. Samaada ntuk rawatan kemasukan ke wad atau rawatan pesakit luar.

Untuk rawatan pesakit luar biasanya pay n claim.

Selepas 30 hari adalah perlindungan untuk sakit biasa contohnya demam denggi, keracunan makanan dan sebagainya.

Selepas 60 hari pula akan bermula perlindungan untuk sakit-sakit kritikal.

Tetapi, ada beberapa pnyakit tertentu yang memerlukan tempoh menunggu sehingga 120hari yang dipanggil sebagai sakit spesifik.

Penyakit2 tersebut ialah
-tekanan darah tinggi,
-kencing manis dan kardiovaskular,
-Semua tumor,
-kanser,
-sista,
-nodul,
-folip,
-batu dalam sistem kencing dan sistem biliari;
-Semua penyakit telinga, hidung dan tekak (ENT);
-Hernia,
-hemoroid,
-fistula,
-hidrosele,
-varikosele;
-Endometriosis termasuk penyakit melibatkan sistem pembiakan;
-Gangguan spina vertebro (termasuk diska)
-dan penyakit lutut.

Walaupon claim untuk penyakit spesifik tersebut dibuat selepas 120 hari polisi berkuat kuasa, pihak syarikat masih boleh menyiasat untuk memastikan sakit tersebut tidak wujud dalam tempoh 120 hari itu.

Jika sakit wujud dalam tempoh 120hari polisi berkuatkuasa pihak syarikat berhak untuk menolak tuntutan tersebut samaada client sedar atau tidak akan kewujudan sakit tersebut.

Jadi daftarlah medical card anda seawal yang mungkin semasa anda sihat.

Juga, semasa mendaftar pastikan anda tidak menyembunyikan sebarang sejarah penyakit yang pernah anda hidapi.

Norajian Kamarudin
INFAQ Consultancy

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Pertama kali terima undangan untuk mengisi slot kuliah maghrib. Jemput…