fbpx

Dana pantas bagi kelangsungan hidup, bayar hutang serta pengurusan pusaka

  • 2 years ago
  • 4Minutes
  • 788Words
  • 217Views

Dipetik dari FB INFAQ Consultancy

DANA PANTAS BAGI KELANGSUNGAN HIDUP, BAYAR HUTANG SERTA PENGURUSAN PUSAKA

Assalamualaikum dan selamat petang semua sahabat.

Setiap yang hidup pasti mati. Maka untuk makluman semua, setiap harta yang dikumpulkan jika tidak membuat perancangan harta, semuanya akan melalui proses pentadbiran pusaka untuk urusan pindahmilik harta simati kepada waris waris faraid yang berhak.

Perundangan di Malaysia menetapkan bahawa semua yang berkaitan pentadbiran pusaka di semenanjung dibawah bidang kuasa dan undang undang sivil. Tetapi jangan lupa, bagi orang Islam ada juga terkait dengan Mahkamah Syariah.

Apa yang terkait tu? Jom kita tengok apa yang biasanya dan perlu di buat oleh pasangan simati di Mahkamah Syariah.

1️⃣ Perintah Sijil faraid

Isteri perlu mendapatkan sijil faraid untuk menentukan siapa waris simati bersama bahagian bagi setiap waris tersebut. Mahkamah syariah adalah tempat berautoriti bagi mengeluarkan sijil faraid. Perintah ini sangat penting bagi penama KWSP yang dilantik bagi memudahkan dan sebagai panduan untuk membahagikan harta tersebut kepada waris faraid bersama bahagian mereka

2️⃣ Perintah Tuntutan Harta Sepencarian

Isteri perlu mendapatkan satu perintah tuntutan harta sepencarian bagi mendapat haknya. Untuk makluman, pasangan kepada yang meninggal dunia boleh dapat harta pusaka daripada dua sumber iaitu bahagian faraid dan bahagian peratus tuntutan harta sepencarian. Perintah tuntutan harta sepencarian Kene mohon di Mahkamah Syariah baru boleh dapat. Ia bukan automatik.

3️⃣ Perintah Pengesahan Wasiat/Hibah

Pengesahan wasiat diperlukan untuk mengesahkan wasiat itu sah atau tidak. Perkara ini perlu dilakukan sekiranya terdapat waris yang mencabar keatas wasiat simati tersebut.

4️⃣ Perintah hak pengurusan harta anak bawah umur.

Untuk makluman semua, jika suami meninggal dunia, hak pengurusan harta untuk bahagian anak bawah umur akan jatuh kepada suami dan keatas dalam keluarga suami. Jadi pihak isteri boleh memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan hak pengurusan harta anak bawah umur dengan menyatakan sebab sebab dan hujah hujah kepada mahkamah. (Jika suami dah buat wasiat melantik isteri sebagai penjaga harta anak bawah umur maka tidak perlu lagi memohon perintah tersebut)

Untuk urusan di Mahkamah Syariah, isteri ada dua pilihan:

1️⃣ Permohonan dan pengurusan kes dibuat sendiri atau;

2️⃣ Melantik peguam syarie untuk menguruskan kes tersebut bagi mendapatkan perintah-perintah seperti diatas

Untuk pilihan pertama ia agak sukar terutamanya bagi isteri yang pertama kali jejak kaki ke Mahkamah Syariah. Ini kerana isteri tiada pengalaman dan perkara itu bukan menjadi satu kebiasaan bagi isteri untuk buat permohonan dan menguruskan kes tersebut berlainan dengan melantik peguam.

Jom kita tengok sedikit perbezaan buat sendiri dan melantik peguam

Jika buat sendiri atau melantik peguam mewakili isteri, kedua dua ada kos. Kos itu perlu ditanggung oleh pemohon iaitu isteri.

Buat sendiri isteri perlu bayar kos pada Mahkamah Syariah.

Jika lantik peguam, isteri perlu bayar kos pada mahkamah dan fi profesional peguam yang menguruskan.

Akan tetapi banyak kelebihan melantik peguam. Salah satunya memudahkan kerja isteri kerana peguam akan uruskan bagi pihak isteri di Mahkamah Syariah dengan prosedur mahkamah.

Ingat semua perkara diatas memerlukan kos. Perlu ingatkan juga, duit simati semua dibekukan ( freeze ) setelah berlakunya kematian . Maksud freeze tu ialah duit simati tidak boleh dikeluarkan, tidak boleh di buat urusniaga, tidak boleh dipindahmilik kepada sesiapa sahaja.

Ingat ini baru bayaran dan kos yang perlu dikeluarkan di Mahkamah Syariah sahaja, perjalanan pengurusan pusaka belum selesai lagi seperti yang saya katakan di awal tulisan saaya iaitu kes pusaka di semenanjung Malaysia dibawah bidang kuasa sivil.

Persoalannya, Adakah anda telah sediakan sejumlah wang kepada pasangan anda (terutamanya pasangan suri rumah) bagi membuat perlantikan peguam dalam pengurusan permohonan kes bagi mendapatkan perintah perintah diatas?

Saya ingin cadangkan satu solusi daripada banyak banyak solusi untuk menyelesaikan perkara diatas iaitu dengan menyediakan satu DANA PANTAS kepada pasangan apabila anda meninggal dunia bagi membiayai kos kos pengurusan pusaka.

DANA PANTAS itu boleh disediakan dengan mengambil satu perlindungan takaful yang mana pampasan kematian anda itu boleh dihibahkan kepada pasangan yang tersayang.

Lagi terbaik kedua duanya ambil dan hibah kepada pasangan masing masing iaitu suami ambil perlindungan takaful dan hibahkan pampasan kematian itu kepada isteri . Dan isteri ambil perlindungan takaful dan hibahkan kepada suami. (Kedua duanya saling lindung melindungi).

Untuk makluman, duit pampasan kematian tidak perlu melalui proses pentadbiran pusaka dan duit yang diterima oleh pasangan itu menjadi hak muthlak pasangan kita tanpa perlu berkongsi dengan waris lain.

Dengan serendah sumbangan bulanan 100 bagi lelaki yang berumur 30 tahun, anda boleh menyediakan dana pantas dengan membuat dua fungsi sekali gus iaitu

Pertama melantik penama Wasi dengan peratusan yang diinginkan bagi menggunakan duit tersebut bagi pengurusan pusaka seperti bayar pengurusan jenazah, bayar hutang, laksana wasiat dan baki bahagi kepada waris waris. Kedua dalam masa yang sama tuan/puan juga boleh menghibahkan pampasan kematian sehingga 1.2 juta kepada pasangan anda.

Ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan DANA PANTAS ini anda boleh tengok di komen:

Kredit: Ahmad Mustapha

INFAQ Consultancy

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
HIBAH TAKAFUL RM300,000 dengan sumbangan RM69 sebulan ============= > Kematian…