fbpx

Dana PMB Investment Sedang Untung Besar!

  • 8 years ago
  • 3Minutes
  • 400Words
  • 513Views

 

Berita asal Unjur RM1 bilion

Syarikat pengurus dana PMB Investment antara syarikat unit trust yang aggresif mempromosi dana-dana mereka dan aktifkan menjalankan rekrutmen.

Ini berita yang keluar hari ini, event mereka semalam yang memaparkan pulangan-pulangan dana mereka yang memberangsangkan.

Mereka bijak memilih timing untuk mempromosi dana mereka di dalam keadaan ekonomi yang agak lembap sekarang.

Walaupun tahun 2016 mencatatkan kejatuhan hingga ke tangga tercorot yang dicatatkan oleh dana-dana favourite mereka seperti PMB Shariah Aggressive dan PMB Shariah Growth, tapi pada suku pertama tahun 2017, ia mencatatkan peningkatan yang sangat memberangsangkan.

Jika kita rujuk performance mereka tahun 2016, dana-dana mereka berada di kedudukan paling bawah malah tercorot dalam kategori Islamic Equity untuk tempoh setahun berakhir 31 Disember 2016.

Tapi, pada tahun 2017 sehingga 31 Mac, ia naik sehingga 11% ke 14% dalam masa 3 bulan!

Ya, 3 bulan!!!! Wowwww!!!!

Saya pernah menulis dalam posting bertajuk “Apa Terjadi Kepada Dana PMB Sekarang?”

Boleh rujuk Apa Terjadi Kepada Dana PMB Sekarang?

Artikel itu ditulis ketika dana-dana ini sedang mengalami kerugian atas kertas atau paper loss.

Juga rujuk satu lagi tulisan:”Dana Unit Trust Sedang Jatuh, Apa Nak Buat?”

Pelaburan Unit Trust Sedang Jatuh, Apa Nak Buat?

Dan saya kemukakan satu persoalan, “Ketika pelaburan kita sedang jatuh, apa yang perlu pelabur lakukan?”

A. Keluarkan / stop loss
B. Tambah pelaburan, sebab harga tengah murah. Shoping time!
C. Biarkan. Nanti akan naik balik

Ada sebahagian pelaburan yg mengambil tindakan A, tentu menyesal membaca berita ini. Hahahah!

Jika yang mengambil tindakan B dan C, tentu akan tersenyum lebar. Teryuatama golongan pelabur kategori B, lebih-lebih lebar senyuman mereka.

Bagi yang mengambil tindakan C, pun tersenyum sambil sedikit menyesal sebab tidak tambah pelaburan ketika itu.

Jika anda pelabur dana-dana ini, anda berada di mana?

Baik, itu cerita lepas. Usah dikenang barang yang lepas.

Di sini, saya lontarkan satu lagi persoalan; Sekarang harga sedang naik, apa nak buat?

A- Keluarkan! Nikmati keuntungannya sekarang. Mana tahu, ia akan turun selepas ini. Bukan senang nak dapat keutungan melebihi 10% dalam masa 3 bulan. Majoriti dana ekuiti patuh syariah dan nak dapat 10% annulize dalam masa 5 tahun pun susah.

B- Tambah lagi dana. Ini dilakukan bagi yang memang dari awal menggunakan strategi DCA. Harga naik-kah, turun-kah, kita melabur secara konsistensi seperti biasa.

C- Biarkan sahaja. Nanti kalau harga turun, baru kita labur. Masa naik kita biarkan, masa turun baru kita laburkan.

Nota:
– Saya bukan ejen PMB Investment tapi saya boleh membantu pelabur untuk melabur dalam beratus-ratus dana patuh syariah dari pelbagai unit trust di Malaysia.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
  Harga buku ini hanya RM15 sahaja. Sudi-sudikanlah untuk beli…