Posting viral di media sosial sepanjang bulan Ramadan

  • Reading:1Minute:
  • PostView Count:199Views

Tak sampai seminggu berpuasa, banyak pula posting seumpama ini di media sosial.

Di Tiktok, siap ada video dan mention lokasi spesifik di bazar Ramadan TTDI. Kesannya, gerai peniaga berkenaan terjejas teruk jualannya.

Inilah impak media sosial. Posting Twitter ini masih menjaga aib peniaga berkenaan tanpa kongsikan lokasi secara detail.

Ia pengajaran kepada para peniaga dan juga kesedaran kepada pengguna supaya berhati-hati.

Saya pernah berniaga bazar Ramadan suatu ketika dahulu, sebelum terlibat dalam bidang kewangan. (Ada sesiapa baru tahu ke? Hehe…). Berdasarkan pengalaman, tak dapat dinafikan memang ada segelintir peniaga yang tak jujur begini.

Cara paling ampuh untuk mengelakkan perkara ini ialah dengan membeli daripada peniaga yang sudah biasa. Atau dapatkan testimoni daripada yang dah cuba.

Ada sesiapa yang pernah mengalami pengalaman sebegini? Boleh kongsikan di ruangan komen.

Ramadan tahun ini, saya masih belum jejak kaki ke bazar Ramadan. Semoga istiqamah hingga ke hujung.

Sumber dari Fb Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Recommended
Ada netizen kongsikan kepada saya. Ada sesiapa nak baca full?…