Dijemput ke TV ALHijrah Rancangan Analisis: KWSP Akaun 3 Kperluan atau Pilihan
Tak dapat live dengan akak terpaling banker, kita live dekat TV Al-Hijrah.
Beberapa hari lepas saya dijemput oleh TV Al Hijrah untuk ke udara secara langsung dalam rancangan Analisis dengan topik: KWSP Akaun 3.
![](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2025/02/kwsp-akaun-3.jpg?resize=678%2C435&ssl=1)
Struktur baru KWSP yang bakal dilaksanakan ialah speeri berikut
– Akaun 1 (Persaraan) 75%. Sebelum ini 70%
– Akaun 2 (Sejahtera) 15%. Sebelum ini 30%
– Akaun 3 (Fleksibel) 10%. Sebelum ini tiada.
Antara point yang saya kemukakan dalam sesi live tersebut.
1. Idea KWSP Akaun 3 ini adalah rentetan desakan pengeluaran KWSP yang sangat tinggi tahun lepas, sehingga ada yang dikatakan sanggup untuk berjalan kaki daripada Johor ke Istana Negara, ada yang nak jual buah pinggang tetapi kerajaan tegas tidak benarkan pengeluaran duit tersebut.
2. Daripada desakan-desakan inilah kerajaan mengusulkan KWSP Akaun 3. Dikhabarkan akaun yang dipanggil “Akaun Fleksibel” ini seumpama akuan bank, yang boleh dikeluarkan bila-bila masa dengan amaun minima tertentu.
3. Zaman PKP ketika pendemik Covid-19 sudah berlalu 5 tahun sudah, jadi sepatutnya kita semua sudah boleh move on daripada mendesak pengeluaran KWSP.
4. Mungkin ada yang akan marah dengan kenyataan ini. Tapi inilah realiti yang perlu kita hadapi. Tujuan utama KWSP ialah untuk simpanan hari tua.
5. Memang tak dapat dinafikan, ada golongan yang betul-betul terdesak memerlukan duit, tapi tak kurang juga yang mendesak tanpa keperluan terdesak, dan lebih menyedihkan ada segelintir yang gunakan isu pengeluaran KWSP ini untuk political millage.
6. Bagi yang benar-benar perlukan duit, boleh buat pengeluaran KWSP berdasarkan keperluan seperti perubatan, pendidikan anak, keliatan kekal, pembelian rumah, menunaikan haji dan sebagainya.
7. Juga ada sumber lain bagi mendapatkan bantuan kewangan selain KWSP seperti bantuan Rahmah, zakat, baitulmal, dan sebagainya.
8. Hampir separuh pencarum KWSP memiliki wang simpanan KWSP di bawah RM10,000 dan majoriti besar adalah kalangan bangsa Melayu. Angka ini sangat membimbingkan.
9. Berdasarkan statistik yang ada juga, majoriti rakyat Malaysia tidak mampu menyediakan wang simpanan RM1,000 jika berlaku kecemasan. Jadi ada kemungkinan besar situasi sama berlaku ke atas KWSP Akaun 3.
10. Justeru dii pihak kerajaan pun perlu usahakan untuk merancakkan ekonomi dalam masa sama supaya syarikat-syarikat SME dan majikan menerima impak positif dan dapat naikkan gaji minima RM1,500 sebulan sekaligus dapat meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat Malaysia.
11. Selain itu juga, perlu ada usaha untuk meningkatkan literasi kewangan rakyat sekaligus meningkatkan kemampuan rakyat mendapat pendapatan yang lebih tinggi dan sekaligus menguruskan kewangan mereka lebih baik.
Afyan Mat Rawi
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................![Buku FIRE](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2023/05/BukuFIRE-NEW-1.png?w=678&ssl=1)
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran