fbpx

Dilema pengeluaran KWSP: ringankan beban rakyat atau merugikan jangka panjang?

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 219Words
  • 164Views

By right, waluapun dalam beberapa perkara saya tak setuju, kali ini saya tidak dapat menahan diri daripada bersetuju.

Inilah dilema yang dihadapi oleh pemerintah, sejak dahulu.

Benar, dengan pengeluaran KWSP dapat ringankan beban rakyat yang terdesak. Tapi jika ia tidak betul-betul kepada yang memerlukan, tindakan itu hanya merugikan untuk jangka masa panjang.

Saya banyak kali tulis perkara ini (dan dikecam) sejak PM Abah Tan Sri Muhyiddin Yassin, PM Pak Long Dato’ Sri Ismail Sabri dan sekarang PMX Dato Sri Anwar Ibrahim.

Masa PKP saya tulis perkara ini sebagai peringatan supaya gunakan sebaiknya KWSP, ramai kecam, antaranya..

“Duit kami, suka hati kami nak buat apa”

“Kalau tak keluar sekarang, belum tentu hidup umur bersara nanti”

..dan pelbagai lagi. Walhal saya tak halang pun jika yang gunakan untuk keperluan mendesak.

Yang jadi isu ialah apabila gunakan untuk perkara bukan keperluan mendesak seperti telefon baru, sport rim, deposit kereta, renovate rumah, dan seumpamanya. Malah ada yang lebih teruk, kena scam.

Perkara sama berlaku setiap kali pengeluaran demi pengeluaran, pesanan yang sama dan dah kali kena kecam.

Kali saya tulis perkara ini 2 minggu lepas dan dikecam, kemudian ia diambil untuk dijadikan bahan sebuah portal berita dan sekali lagi dikecam.

Hari ini PMX buat keputusan, tiada pengeluaran KWSP lagi. Tapi tak mustahil kalau ada u-turn.

Silakan kecam

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Baru-baru ini, dalam sesi training mingguan INFAQ Consultancy, seorang ejen…