#DramaRamadhanSarah – “Ayah, nak beli buku boleh?”

#DramaRamadhanSarah

Cute kid girl preschooler with books at home

Tadi bawa anak-anak ke supermarket, lalu di bahagian buku.

“Ayah, nak beli buku boleh?”, kata Sarah.

“Tadi kan dah beli mainan?” respon si ayah.

Awal-awal dah beritahu setiap anak sudah ada bajet untuk membeli barangan sama ada buku atau mainan di supermarket berdasarkan wang simpanan masing-masing.

Itu cara saya didik mereka untuk simpan dan urus wang. Berapa jumlah yang mereka simpan, itulah jumlah yang akan saya belanjakan untuk beli barangan yang mereka inginkan, selalunya mainan atau buku.

“Alaaaa Ayaaah…”, Sarah merengek.

“Boleh, ambil satu je”, jawab si ayah. Mengalah.

“Yeay!”, Sarah ketawa riang lalu memilih-milik buku.

Sarah bawa 3 buah buku dan tanya;

“Ayah nak Sarah pilih yang mana?”

“Pilihlah mana-mana”, si ayah jawab acuh tak acuh.

“Alaa Ayah ni…. Ayah nak Sarah pilih yang mana?” Sarah mendengus.

“Hmmm…. Ok la pilih yang ni”, si ayah pilih salah satu dari 3 buku yang dipegangnya.

Sarah pun, ambil buku yang si ayah pilih tadi.

Ditenung lama lalu berkata;

“Ayah, Sarah nak yang ni boleh?”, sambil tunjukkan buku yang lain, yang asalnya dari 3 yang dipilih awal tadi.

“Bolehlah Sarah…”, kata si ayah.

Perempuan sangat….

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com