fbpx

Durian Capital

  • 5 days ago
  • 1Minute
  • 195Words
  • 18Views

Tempoh hari ada seorang netizen kongsikan tentang peluang pelaburan Durian Capital.

Sebelum ini pernah dengar banyak kali tapi baru saya terlintas untuk bertanyakan kepada autoriti iaitu Suruhanjaya Sekuriti (SC) .

Ini respon yang saya terima daripada Suruhanjaya Sekuriti

– Durian Capital Berhad adalah syarikat berdaftar di Malaysia dengan SSM dan menjalankan “interest scheme” (diterjemahkan sebagai skim kepentingan) di bawah Akta Skim Kepentingan (Interest Scheme Act) 2016 oleh SSM.

– Namun begitu, aktiviti Durian Capital Berhad tidak dikawal di bawah bidang kuasa SC.

– SC hanya mengawal aktiviti di bawah Jadual 2 CMSA 2007.

– Pelabur disarankan untuk lawati laman web SC untuk maklumat terperinci mengenai pasaran modal Malaysia.

– Pelabur perlu berhati-hati terhadap tawaran pelaburan yang mencurigakan.

– Rujuk website SC untuk Senarai Amaran Pelabur (Investor Alert List) , senarai entiti/individu berlesen dengan SC, dan senarai entiti yang berdaftar dengan SC.

– Selalu baca, fahami, dan sahkan lesen syarikat sebelum membuat sebarang pembayaran/pelaburan.

Berdasarkan respon yang diberikan oleh Suruhanjaya Sekuriti di atas, syarikat ini tidak masalah daripada sudut perundangan.

Tapi ia bukanlah syarikat pelaburan yang dikawal selia oleh autoriti Suruhanjaya Sekuriti.

Pesanan mesra saya, lakukan kajian sendiri sebelum menyertai pelaburan seumpama itu.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dalam sesi coaching ejen baru malam tadi, timbul persoalan tentang…