Saya bersetuju dengan kritikan PMX tentang perbankan islam

  • Reading:1Minute:
  • PostView Count:584Views

Beberapa followers kongsikan link posting ini di ruang komen FB saya. Mungkin untuk minta komen. Mungkin juga untuk buktikan saya salah dalam bab perbankan Islam, hingga Perdana Menteri sendiri berikan pandangan berkenaan perkara ini.

Secara umumnya, ok je apa yang dikritik oleh PM. Tidak bertentangan pun dengan apa yang saya perjuangkan dan kongsikan berkenaan perbankan Islam selama ini.

Saya melawan fitnah dan propaganda oleh bangsa anti bank Islam yang menuduh bank Islam haram dan riba. Sudah banyak kali saya tawarkan mereka untuk muncul secara live di FB saya namun tak ada seorang pun yang berani menyahut cabaran sekalipun zikir mereka “bank Islam haram, riba”, hampir setiap hari.

Manakala kritikan PMX pula daripada sudut lain dan langsung tidak mengatakan apa yang didakwa oleh bangsa anti bank Islam bahawasanya bank Islam haram dan riba. Ia perkara berbeza dan saya menyokong apa yg beliau kritik.

Jadi, kepada bangsa anti bank Islam, carilah modal lain. Sekali lagi saya offer kalian untuk muncul secara live di FB saya. Tag la sesiapa yang berkenaan, jika kenal.

Tonton juga video ini : Kenapa perbankan Islam pun guna OPR?

@afyan.ifp

Reply to @_adamfik Kenapa perbankan Islam pun guna OPR? Jangan lupa FOLLOW dan LIKE!#JomBelajar #TikTokGuru #LearnOnTikTok #Motivasi #MotivasiKewangan #selamathariguru

♬ Motivation & Inspiration – Alec Koff

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Recommended
Baru perasan, @Ezzul Haris dan @Wana Husna bercakap pasal saya…