Ejen Takaful yang memalukan industri
Saya nampak posting ini di page The Dressar & Co. Sebuah page yg informatif tentang isu-isu kesihatan.
Ada posting tentang ejen takaful yg memberikan fakta salah tentang hospital kerajaan.
Dan ini bukan kali pertama malah sudah banyak kali. Dan nampaknya dari kompeni yg sama.
Saya memang dah lama meluat dengan ejen takaful jenis nak memburukkan hospital kerajaan.
Tak ada sales idea lain selain memburuk-burukkan hospital kerajaan?
Kalau kita buat comparison produk dan polisi, depa kata kita buruk-burukkan kompeni depa.
Walhal tak sebut sepatah pun.
Saya cari posting FB ejen tersebut.
Jumpa pula komen di ruangan kakaknya yg sebenarnya seorang doktor pakar.
Bukan setakat memalukan industri takaful malah juga memalukan keluarga.
Aduyai….
Ejen, janganlah terlalu desprado sangat nak kejar sales, kejar komisen, kejar oversea trip.
Betul dah medical card ini bagus tapi ia bukan lesen utk memburuk-burukkan hospital kerajaan.
Kerana nila setitik, rosak susu kambing sebotol utk berbuka nanti.
UPDATE: Selepas “diserang” bertalu-talu, dia edit tulisannya. Alhamdulillah
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran