fbpx

Elak Terpedaya Produk Pelaburan Ber’label’ Islamik

  • 6 years ago
  • 2Minutes
  • 225Words
  • 461Views

Masih ada segelintir ejen insurans konsvensional yang tidak bertanggungjawab mempromosi produk insurans konvensional tapi mengatakan ia patuh syariah sama seperti takaful.

Ini antara mesej yang saya terima beberapa hari lepas, seorang rakan FB yang “terpedaya” melanggan produk insurans konvensional dengan sangkaan ia adalah produk patuh syariah.

Dan ini bukanlah kali pertama.

Saya pernah kongsi dahulu di https://afyan.com/mesej-pengadu-pinjaman-perumahan-konvensi…/

Selepas menerima salinan polisi dan membacanya, barulah dia sedar bahawa produk yang dilanggannya tidak patuh syariah.

Jelas dalam polisi terkandung maklumat bahawa;

“Walaupun dana ini melabur dalam sekuriti-sekuriti yang dibenarkan di bawah Prinsip Syariah, pelan
insurans ini bukan produk yang mematuhi Prinsip Syariah.”

Buat ejen-ejen insurans konvensional di luar sana, di bulan baik hari baik ini, suka saya sajak rakan-rakan semua berhijrah ke syarikat takaful.

Buat rakan-rakan pengguna, semak polisi yang anda langgan dan pastikan ia takaful yang patuh syariah, bukannya insurans konvensional yang terdapat riba di dalamnya.

Di dalam industri insurans, ada satu jenis produk yang berkaitan pelaburan namanya “investment link” yang melabur ke dalam saham-saham patuh syariah dan produknya diletakkan “label” arab supaya dilihat islamik.

Jika ia produk syarikat insurans konvensional, tetap tidak mengubah hukum insurans konvensional yang mengandungi riba sekalipun diletak label “arah” yang dilihat “islamik”, seperti kes ini.

Kawan-kawan, berhati-hati.

Riba adalah mengisytiharkan perang kepada ALLAH.

Revisit:
https://afyan.com/hukum-mempromosikan-produk-insurans-konve…/

https://afyan.com/status-mcis-zurinch-insurance-halal-haram…/

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ketika kerajaan lama, saya saya selalu tulis kritikan kepada kerajaan…