Emas online patuh syariah: Bukan semata-mata milik muslim
Emas ialah item ribawi, maka setiap urus niaganya mesti diteliti supaya mematuhi hukum syariah.
Ramai menyangka bahawa jika syarikat itu milik orang Islam, maka ia secara automatik patuh syariah. Hakikatnya, tidak semestinya begitu. Pemilikan tidak menjamin pematuhan hukum muamalat.
Ada ejen syarikat emas Muslim yang berpendapat mereka tidak perlu pengesahan syariah kerana hanya terlibat dalam jual beli emas seperti di kedai emas. Namun, realitinya jauh lebih rumit.
Urus niaga di kedai emas biasanya dilakukan secara tunai. Wang berpindah tangan ketika emas diterima pembeli. Satu akad, satu transaksi, dan selesai di tempat yang sama. Dalam bentuk ini, risiko riba atau gharar amat kecil.
Tetapi apabila jual beli dilakukan secara dalam talian, sistemnya berubah sepenuhnya. Pembeli membuat bayaran dahulu, emas dihantar kemudian. Tambahan pula ada struktur ejen, komisen, dan ganjaran rujukan. Semua ini menjadikan akadnya pelbagai dan saling bertindih.
Dalam keadaan sebegini, pengesahan daripada pakar syariah amat diperlukan. Tanpa semakan yang teliti, mungkin ada unsur riba tersembunyi dalam proses penghantaran, unsur gharar dalam penangguhan serahan, atau ketidakpatuhan pada struktur komisen.
Persoalannya:
Siapa yang menilai sama ada akad jual beli emas atas talian itu sah?
Siapa yang memastikan penghantaran melalui pos tidak menyalahi prinsip serahan segera (taqabudh)?
Siapa yang meneliti struktur ejen dan komisen agar tidak termasuk dalam kategori riba atau unsur tidak jelas?
Oleh itu, beberapa syarikat emas milik orang Islam telah mendapatkan pengesahan patuh syariah daripada penasihat dan panel bertauliah.
Langkah ini wajar dipuji kerana sijil syariah bukan sekadar hiasan dinding, tetapi satu jaminan bahawa setiap urus niaga, daripada jual beli, penghantaran, hingga sistem ejen, benar-benar diiktiraf sebagai halal menurut hukum Islam.
Berikut ialah antara contoh syarikat emas Muslim yang telah memperoleh pengesahan dan sijil pematuhan syariah daripada panel sah.




Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00


