Emas palsu: Risiko pelaburan emas

  • 2Minutes
  • 265Words
  • 14Views

EMAS PALSU

Antara risiko pelaburan emas yang jarang orang bincang ialah kewujudan emas palsu.

Emas palsu ini biasanya diperbuat daripada tungsten, logam yang ketumpatannya hampir sama dengan emas. Bezanya terlalu kecil, sehingga 99% seakan sama.

Ada laporan yang menyebut separuh daripada emas yang berlegar dalam pasaran dunia ialah emas palsu. Saya pernah terbaca pendedahan sebegitu, tapi tidak ingat sumbernya.

Lebih mengejutkan, ada kes emas yang dibeli daripada kedai pajak gadai pun rupa-rupanya emas palsu. Bayangkan, pihak yang hari-hari berurusan dengan emas pun boleh tertipu dengan sindiket ini.

Ujian ketulenan emas biasanya dibuat melalui berat dan ketumpatan air. Namun, ujian ini hanya boleh mengesahkan sekitar 99% sahaja.

Saya pernah dijemput oleh sebuah universiti untuk berkongsi tentang pelaburan emas.

Di sana, seorang pensyarah fizikmengatakan, ketulenan emas hanya boleh dipastikan 100% tepat dengan alat khas. Masalahnya, emas itu perlu dipotong terlebih dahulu untuk diuji.

Alat itu pula bukan calang-calang kerana terlalu mahal. Katanya, tidak sampai 10 unit sahaja ada di Malaysia. Nama alat tersebut ialah X-Ray Fluorescence (XRF).

Moralnya, risiko emas palsu bukan mitos. Ia nyata berlaku, dan pelabur emas perlu sedar bahawa tidak semua yang berkilau itu benar-benar emas.

CARA ELAK RISIKO EMAS PALSU

1. Beli emas daripada pengeluar atau dealer yang sah dan berdaftar.

2. Pastikan emas mempunyai sijil ketulenan rasmi atau cap pengesahan syarikat pengeluar.

3. Gunakan alat penguji mudah alih seperti densimeter atau mesin penguji emas (walaupun tidak setepat XRF).

4. Elakkan membeli jongkong atau bar emas tanpa resit dan tanpa cap pengesahan.

5. Pilih bentuk syiling atau dinar yang lebih mudah diuji ketulenannya.

6. Pertimbangkan akaun emas digital daripada institusi kewangan patuh syariah sebagai pilihan lebih selamat.

Sumber dari Fb Afyan Mat Rawi

Iklan
............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00

www.BukuFIRE.com

Add a Comment

Recommended
Kelmarin kecoh satu laporan yang menyebut bahawa Kelantan dan Sabah…