fbpx

Event “Influencer Gathering 1.0” Anjuran Karangkraf & Serantau Muslim

  • 5 years ago
  • 4Minutes
  • 695Words
  • 453Views

Malam tadi berpeluang menyertai event “Influencer Gathering 1.0” anjuran Karangkraf & Serantau Muslim di Shah Alam.

Dijemput secara personal oleh sahabat lama yang juga pengasas bersama NGO Serantau Muslim, Ustaz Hakim Mohd Nor.

Selaluanya setiap Rabu saya ada training mingguan ejensi tapi semalam saya gagahkan juga menempuh kesesakan teruk dari Gombak ke Shah Alam bersama Sifu NLP Tuan Fadzli Yusof.

Seronok mendengar sharing daripada Dato’ Husamuddin Yaacub yang 41 tahun dalam bisnes.

Antara nasihat emasnya semalam.

Nasihat terakhir memang saya sentap.

1. Kembali ke pada Quran, semua masalah akan selesai. Ini sebab beliau mengasaskan gerakan #QuranHour

Nota saya: Nampak terlalu Utopia kan? Baca selanjutnya.

2. Daripada 41 tahun beliau berbisnes, hanya 5 tahun terakhir beliau betul-betul enjoy dalam hidup dan bisnes apabila kembali kepada Quran. Sekalipun 5 tahun ini bisnesnya terkesan teruk dengan digital destructive. Bisnes utamanya masih bisnes percetakan.

Nota saya: Respek betul. Dah macam ni punya kaya pun sanggup lagi utk turun padang program sebegini.

3. Grow bisnes secara organik, bukan secara hype dan viral. Beliau dah tengok bermacam bisesn yang meletup tapi sekejap sahaja kerana ia tidak grow secara organik.

Nota saya: Serius. Saya pun nampak benda sama. Ada bisnes yang beberapa tahun lepas yang meletup seletup-letupnya tapi hari ini dah tak dengar cerita. Ada makanan, ada tudung, ada produk kesihatan, ada guru hartanah, ada training dll.

4. Jangan tabur janji manis. Pembeli membayar kita dengan duit mereka yang diperoleh melalui susah payah untuk mendapat manfaat dari produk yang kita jual.

5. Bisnes yang bagus ialah bisnes yang memberi manfaat ilmu kepada masyarakat.

Nota saya: Alhamdulillah, saya berada dalam landasan yang benar.

6. Setiap keuntungan bisnesnya ditukar menjadi aset hartanah. Ada yang dibeli beberapa ratus ribu berjaya dijual jutaan ringgit. Itulah yang digunakan dalam 5 tahun terakhir ini apabila bisnesnya merosot.

7. JANGAN berhutang untuk buat bisnes. Ia ajaran songsang! Kalau betul berhutang untuk bisnes satu sistem bisnes yang bagus, ramai yang dah untung dan berjaya dalam bisnes.

8. Endgame bisnes bukan untuk jadi jutawan, bukan untuk jadi kaya tapi untuk dapat syurga di akhirat bersama-sama dengan keluarga.

Nota saya: Ini saya betul-betul terkesan. Nak kena ubah niat dan mindset.

9. Bisnes tak perlu ada produk sendiri. Dia menegur trend bisnes yang menggalakkan ada produk sendiri, jadi faunder, buka kilang – banyak yang akhirnya tutup.

10. Bisnes Karangkraf yang bermula 41 tahun dengan menjual akhbar. Kemudian terbitkan akhbar, majalah, buku dan akhir sekali barulah ada kilang percetakan sendiri. Sebab pengalaman itulah bisnes Karangkraf masih terus bertahan di kala penerbit-penerbit lain banyak yang tutup.

11. Dulu-dulu, sesuatu cycle produk dan trend boleh bertahan selama bertahun-tahun, kemudian menjadi 3 ke 5 tahun, kemudian 2-3 tahun dan kini hanya kira-kira setahun malah kurang.

12. Untuk usahawan baru, perkara penting ialah sustainable yakni cash flow yang stabil.

13. Untuk besarkan bisnes, tak semestinya kena tambah staf. Boleh berikan tugasan kepada staf sedia ada. Ajar staf utk lakukan kerja multi-tasking. Boleh juga out-source.

Nota saya: Saya baru berkira-kira tambah staf. Mungkin hold dulu.

14. Ketika sesi soal jawab, ada yg bertanya bagaimana beliau belajar bisnes. Katanya, beliau dibesarkan di Kelantan yang terdedah kepada budaya perniagaan dan antara kenalannya ialah pemilik Mydin yang juga dari Kelantan.

15. Beliau berikan komen tentang kursus, seminar dan program belajar bisnes. Katanya sekali setahun datang program bisnes sudah memadai. Program motivasi sekali seumur hidup mencukupi. Sebab, ramai yang datang belajar kemudian tak buat bisnes pun. Yang penting bukannya datang program belajar bisnes tapi buat bisnes itu sendiri. Dan kota akan belajar dan terus belajar selagi mana kita terus buat bisnes.

Nota saya: Ini paling sentap. Insafff. Rasa nak sujud 10 rakaat.

Ada banyak lagi, nanti saya kongsi lagi kalau ramai nak tau.

NOTA PENTING: Mula tadi hanya 9 point yang sempat saya catat. Kemudian tambah sedikit demi sedikit sehingga 15. Mungkin esok akan tambah lagi.

Semalam saya sangat teruja berjumpa dengan rakan-rakan yang majoritinya hanya kenal melalui FB dengan masing-masing ada puluh-puluh ribu malah ada yg ratusan followers.

Ini gambar-gambar dari event semalam yang saya ambil dari group wasap kehadiran semakan.

Juga rasa kerdil sebab saya hanya mampu kumpul haters. Huhu

Afyan Mat Rawi
Follow dan klik see first utk lagi tip-tip kewangan dan kehidupan.

Utk info pantas, ikuti Channel Telegram t.me/AfyanIFP

Jemput follow saya di beberapa media sosial lain;
Twitter twitter.com/AfyanIFP
Instagram instagram.com/Afyan.IFP

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Apabila berlaku masalah kewangan, selalunya orang akan lakukan 2 perkara;…