fbpx

Ini antara pengalaman mereka yang melanggan takaful untuk tujuan pelaburan dan simpanan

  • 1 year ago
  • 1Minute
  • 192Words
  • 308Views

Tuan-Puan ada pengalaman melanggan takaful untuk tujuan pelaburan dan simpanan?

Boleh kongsikan di ruangan komen.

Yang terpilih, saya akan kongsikan. Ini antara yang saya kompulkan daripada posting sejak semalam.

Tak perlu nyatakan nama kompeni atau nama produk. Ejen yang mempromosi takaful sebagai produk pelaburan dan simpanan wujud di semua kompeni.

Jadi, kongsikan sahaja pengalaman anda untuk panduan rakan-rakan pembaca lain.

Adakah melanggan takaful untuk tujuan simpanan adalah salah?

Ia tak salah sekiranya anda tahu pro n con serta tahu detail kos-kos yang terlibat, ini antaranya

  • 1. Kos yuran wakalah pada produk takaful tersebut, yang termasuk di dalamnya komisen ejen.
  • 2. Ia takkan sama dengan simpanan di akaun bank yang tidak ada sebarang kos dan boleh dikeluarkan bila-bila masa.
  • 3. Ia juga takkan sama dengan unit trust yang lebih fleksibel dalam pemilihan dana.
  • 4. Pastikan anda sudah mempunyai takaful untuk tujuan perlindungan kewangan.
  • 5. Next? Boleh teruskan jika ia sesuai dengan portfolio kewangan anda.

Produk kewangan umpama pisau. Ia boleh digunakan untuk memasak dan memotong ayam yang akan dipanggang untuk berbuka puasa nanti, ia juga boleh digunakan untuk membunuh.

Tiada produk yang sempurna, cuma ada ejen yang tak cerita hal sebenar.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dahsyat betul ejen ni buat proposal takaful sendiri dengan nama…