fbpx

Fahamkan instrumen perlindungan dalam piramid kewangan

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 243Words
  • 409Views

Dipetik dari FB Hamizan Meechan 

“Sesiapa yang tidak mengetahui (jahil) pada sesuatu perkara, akan memusuhinya”.

Berdasarkan ayat diatas, musuh kita sebenar adalah sifat ignorant kita sendiri. Tahu atau tidak, sebenarnya instrumen perlindungan adalah perkara yang dasar dalam piramid kewangan, diikuti simpanan dan pelaburan.

Kenapa ia penting? Kerana andai berlaku malapetaka kewangan,

1) Death

2) Disease

3) Disable

Ia dapat mengurangkan impak krisis kewangan sesebuah keluarga. Fikir logic, bila seseorang itu meninggal dunia terutamanya breadwinner, gajinya konfem tiada lagi. Tapi hutang yang dia lakukan, komitmen atau perbelanjaan bulanan yang dia dulunya bayar, masih lagi perlu dibayar. Contohnya hutang rumah/sewa rumah, hutang kereta, PTPTN dsb. Benda nice to have seperti Netflix, lifestyle mewah, kopi premium, restoran mahal, hp mahal tidak lagi jadi priority kerana sudah ditimpa financial crisis.

71% kematian rakyat Malaysia adalah disebabkan sakit kritikal. Satu angka yang besar. Bila sakit kritikal, sudah tidak dapat lagi bekerja, kalau mahu pun bekerja, bukan lagi dengan syarikat lama kerana anda telah dibuang atas sebab no more value to the company.

Untuk reject sesuatu yang belum anda dengar dan fahami akan fungsinya adalah sesuatu yang tidak wajar. Melainkan si anak menjadikan ibu bapa sebagai pelan kecemasan

Para ibu bapa menjadikan anak sebagai pelan persaraan.

Atau konsep/pemikiran yang salah tentang “takdir”.

Meechan

INFAQ Consultancy Miri

*Disclaimer: Tiada handphone yang cedera semasa melakukan babak ini.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tahukah anda, melantik penasihat syariah belum tentu patuh syariah? Ada…