Formula Kewangan 30:60:5:5

Formula 30:60:5:5

Dari FB Khairul Abdullah

Aku ni bukan seorang yang bergaji tetap.

Adalah income setiap bulan, cuma itulah. Ada kalanya banyak, ada kalanya sikit. Jadi nak mengurus wang yang tak menentu ni pun payah jugak.

Tapi tetap kena belanjakan dengan betul-betul.

Antara formula yang aku belajar ialah Formula UTBS 30:60:5:5 tetapi aku olah jadi TUBS agar sedap sikit dan senang nak ingat. Begini formula dia:

1. Terpaksa – 60%

Yang ni takde pilihan, memang nak kena belanja dan bayar setiap bulan. Makan minum, susu anak, bayar hutang kereta, rumah, bill air, elektrik, bil telefon, bagi kat mak ayah dan sebagainya. Jadi nak buat loan tu beringat yer.

2. Untung – 30%

Ketepikan gaji sebanyak 30% untuk jana keuntungan pada kita. Nak letak kat mana? Masukkan dalam ASB, Tabung Haji, saham dan juga takaful. Nak ambil takaful pm aku okeh.

3. Bocor – 5%

Ini perbelanjaan bukan keperluan, namun kita nak demi untuk lebih membahagiakan hidup kita kononnya. Nak ada astro, nak ada water filter mahal, padahal masak jer air pun boleh. Nak juga ada kad kredit dan lain-lain lagi.

4. Sampah – 5%

Ini yang kita belanja untuk nafsu. Tak perlu pun tapi kita nak buat juga contohnya makan di Mekdi, tengok wayang, minum kopi stabak dan sebagainya.

###

Itulah dia formulanya.

Aku cuba ikut. Paling banyak aku kurangkan kat bocor dan sampah tu. Paling besar belanja bahagian terpaksa jadi bila kurang bocor dan sampah maka boleh topup sikit kat situ.

Yang untung tu aku belum dapat lagi 30% tapi sedang berusaha menuju ke arah itu.

Siapa yang dapat ikut formula tersebut maka dapatlah dia nikmat financial freedom dan lebih rileks mengharungi tahun 2020 dan seterusnya yang kian mencabar ini.

Begitulah.

Aku ni tak pandai.

Baru jer berjinak-jinak belajar mengurus wang dengan Tuan Afyan Mat Rawi yang sangat handal. Senang faham bila belajar dengan orang yang hebat ni.

bit.ly/bijakmerancang2020

Semoga kita semua sukses mengurus wang macam dia.

#SuperDaddy

 

 

 

Dari sumber FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com