Muhasabah Untuk Diri Sendiri

alasan

Ketika hendak beli kereta;

“Mestilah nak beli kereta yg paling bagus. Takpe mahal sikit. Biar selesa nak bawa sana sini”.

Masa nak beli rumah;

“Alang-alang beli, biarlah yg puas hati. Lepas itu kita renovate ikut citarasa kita. Takpa mahal sikit, nak duduk lama utk anak cucu cicit”.

Masa langgan Astro;

“Walaupun ada yg free NJOI, lebih baik kita ambil full-pakage utk kita sekeluarga. Baru berapa ringgit”.

Tapi apabila masuk bab korban;

“Mana tempat yg boleh bagi paling murah? Mahal murah tak penting pun, yg penting ALLAH tahu kita berkorban.

Berapa ni? Apa RM380? Mahalnya! Bukan sepatutnya RM350 sahaja macam tahun lepas?”.

Nak masuk syurga paling tinggi, tapi nak korban harta yang paling murah.

Afyan Mat Rawi
Muhasabah untuk diri sendiri

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com