Gagal Merancang, Anda Merancang Untuk Gagal
Dipetik dari FB Zahiruddin Juatin
GAGAL MERANCANG, ANDA MERANCANG UNTUK GAGAL
Ayat ini sangat biasa kita dengar dalam mana-mana siri motivasi untuk tujuan memberi peringatan dan semangat kepada semua orang supaya merancang sesuatu dengan teliti.
Ianya selaras dengan firman Allah di dalam al-Quran dalam surah Ar-Ra’du ayat 11 yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa, kita perlu mengubah cara hidup kita daripada seorang yang suka melakukan sesuatu secara tiba-tiba atau ‘on the spot’ kepada merancang dahulu sebelum melakukan.
Begitu juga halnya dengan pengurusan kewangan.
Kita perlu merancang terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu terutamanya dalam urusan membelanjakan wang dalam jumlah yang besar.
Sebagai contohnya, kita merancang membeli kenderaan untuk kegunaan harian, maka beberapa faktor perlu diambil perhatian antaranya :
1. Kegunaan dan keperluan (Objektif) .
Persoalan yang paling penting sebelum merancang membeli kenderaan adalah, Apa kegunaan dan keperluan kenderaan yang akan dimiliki kelak.
Jika sekiranya kenderaan hanya untuk tujuan dari destinasi A ke destinasi B (beekrja) tanpa ada halangan yang mendesak seperti keadaan jalan yang mencabar, maka pilihlah kenderaan yang boleh menyelesaikan masalah tersebut.
Dengan kata lain, biarlah murah tetapi berbaloi untuk masa hadapan kita iaitu tidak menyebabkan kewangan kita sesak.
2. Kemampuan kewangan.
Kemampuan kewangan juga perkara yang sangat penting untuk diambil perhatian.
Ramai orang hari ini membeli kenderaan hingga mencapai 40 hingga 50 peratus jumlah pendapatan bulanan sedangkan selepas ini, lagi banyak kos yang kita akan laburkan untuk kos penyelenggaraan kereta.
3. Abaikan cakap orang.
Bila kita melakukan sesuatu terutama membeli kenderaan, mesti ramai orang akan bercakap.
Apabila beli kereta murah, mesti ramai yang akan bercakap tentang pemilihan kereta yang kita buat.
Macam-macam pandangan yang akan keluar terutamanya bila kita mampu beli kereta yang lebih mahal, tapi kita memilih kereta murah.
Maka cara terbaik adalah, abaikan semua cakap-cakap belakang tersebut kerana kita sendiri yang akan mengatur kewangan kita dan elakkan terpengaruh dengan pengaruh sekeliling sebab nanti kita juga yang akan melaluinya.
Paling penting adalah, matlamat kewangan kita mampu dicapai sepertimana yang diinginkan walaupun mungkin akan berhadapan dengan pelbagai halangan.
Maka betullah bila ‘Gagal Merancang, Maka Merancang Untuk Gagal’.
Perunding kewangan dan takaful anda.
Berminat untuk sesi Konsultasi kewangan, boleh PM atau Wassup saya melalui link di ruangan komen.
Follow dan Set See First untuk tips kewangan dan kehidupan seterusnya.
Zahiruddin Juatin
INFAQ Consultancy
Ranau, Sabah
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran