fbpx

Pusaka | Sijil Faraid

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 249Words
  • 1148Views

Dipetik dari FB Ahmad Mustapha

PUSAKA | SIJIL FARAID

Sijil faraid sangat famous dan kita akan menjumpainya ketika mana kita menguruskan urusan pusaka .

Sijil faraid ini dikhususkan untuk kematian orang Islam sahaja

Pihak yang berautoriti untuk mengeluarkan sijil faraid adalah Mahkamah Syariah di setiap negeri negeri di Malaysia. Ingat ye BUKAN Pejabat Agama , AmanahRaya . DLL.

Sebelum pengeluaran perintah sijil faraid, waris perlu melalui beberapa fasa iaitu

(1)Permohonan sijil faraid di Mahkamah Syariah ( Isi borang ( notis permohonan/ affidavit sokongan/ekshibit dokumen yang berkaitan dan hantar dokumen tersebut di Mahkamah)

Contoh borang untuk Mahkamah Syariah di negeri Selangor
di sini

Ada sesetengah Mahkamah syariah negeri telah ada borang tersebut yang telah dibuat. Anda cuma mengisi sahaja .

(2)Pihak mahkamah akan memanggil untuk bicara . Dalam perbicaraan tersebut kene bagi keterangan

(3)Pengeluaran perintah sijil faraid

Untuk makluman , ada sesetengah di mahkamah syariah negeri mewajibkan peguam syarie dalam mendapatkan sijil faraid . Dan ada sesetengah negeri, proses tersebut boleh dibuat oleh waris sahaja .

Jom kita tengok apa pula PERANAN sijil faraid di dalam pentadbiran pusaka .

Sijil Faraid memainkan peranan yang penting bagi menentukan dua perkara iaitu siapakah yang layak mendapat pusaka simati serta bahagian yang layak diterima.

Jadi tak perlu bergaduh dan berperang mulut yang mengatakan anda tidak dapat pusaka , waris sekian sekian tidak dapat pusaka.

Untuk menyelesaikan perkara tersebut anda sebagai waris pergi ke mahkamah syariah bagi menyelesaikan masalah tersebut.

.

Ahmad Mustapha
Cakna Pusaka
INFAQ Consultancy
“Plan your wealth, Change your life”

#CaknaPusaka
#RancangHartaAnda
#RancangUntukKehidupanAbadi
#MudahkanPengurusanPusakaWaris
Afyan Mat Rawi

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Syafiq Ashraff Meh sini nak cerita sikit…