Gaji ahli parlimen vs gaji minimum

  • 2Minutes
  • 377Words
  • 13Views

Lepas tengok infografik di FB Dr Azizul Azli Ahmad ini, baru perasan betapa jauhnya beza gaji minima dengan gaji ahli parlimen Malaysia.

Selama ini tak terfikir sejauh itu, jika digandingkan dengan negara-negara maju.

Bagus ke tak bagus macam tu?

Bagus kalau gaji tu setimpal dengan kerja.

Yang tak bagusnya jika kerja tak jalan, tapi gaji jalan. Elaun pun masyuk.

Nak gaji besar? Jangan mimpi jadi ahli parlimen. Nak masuk line tu kena beratur panjang. Hahaha.

Bayangkan, kalau dapat jadi menteri, lagi banyak elaun, lagi banyak masyuk. Seronok kan.

Jom tengok step by step cara nak jadi ahli parlimen.

PERTAMA sekali, kena join parti politik.

Tapi bukan sembarangan parti. Kena join parti yang ada kemampuan menang dan bentuk kerajaan.

Itu sebab ada yang suka lompat parti. Nak jaga periuk nasi.

KEDUA, kena aktif politik.

Join tapi tak aktif, jangan harap. Aktif pula bukan setakat peringkat cawangan, ranting, kawasan, bahagian. Kena tonjol diri sampai peringkat nasional. Baru ada peluang nama naik.

Kalau setakat aktif bawah je, calon boleh sangkut. Ada kes, atas lantik, bawah tak setuju. Habis.

KETIGA, kena bertanding pilihan raya.

Join parti dan aktif, belum tentu dapat jadi calon. Takkan nak bertanding bebas? Memang awal-awal kalah.

Di Malaysia susah nak menang jika bertanding bebas, kecuali dapat sokongan parti politik.

Nak jadi calon parlimen, bukan DUN.

Jika DUN paling tinggi pun Menteri Besar. Nak jadi calon parlimen, kena lobi habis-habisan. Dari bawah sampai atas. Modal pun banyak kena keluar.

KEEMPAT, kena menang pilihan raya.

Menang belum tentu senang. Nak menang, modal lagi. Silap-silap kena “tabur baja”.

Paling tidak pun kena tabur janji-janji manis. Manifesto bulan dan bintang.

Dah menang, barulah dapat jadi Ahli Parlimen dan dapat gaji lebih tinggi 10 kali ganda gaji minimum rakyat Malaysia.

EKSTRA: Bagaimana nak jadi menteri.

KELIMA, kena lobi untuk jadi menteri.

Menang kerusi belum tentu jadi menteri. Ada lebih 200 kerusi parlimen, bukan semua dapat.

Kalau setakat ahli parlimen, gaji sekitar RM16,000. Itu pun bukan bersih. Kena pulang balik ke kawasan.

Nak naik menteri, kena pandai lobi. Baru boleh merasa elaun berganda-ganda.

Susah ke susah?

Kalau rasa susah, jangan buang masa. Cari kerjaya lain.

Doktor kena degree medical. Engineer kena degree engineering. Arkitek kena degree architecture.

Amacam?

Atau boleh juga jadi ejen takaful. Komisen 40% dan elaun tambahan RM5,000

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Iklan
............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00

www.BukuFIRE.com

Add a Comment

Recommended
Tadi upload satu video konten di Tiktok berkenaan isu hibah…