fbpx

OPR naik lagi! Bah-2

  • 1 year ago
  • 3Minutes
  • 441Words
  • 240Views

Baca : OPR naik lagi – Bah 1

OPR naik lagi! (2)

Ada hutang bank? Perkara paling penting utk anda lakukan ialah semak kadar ansuran terkini.

Kadar ansuran sama ada akan:

(1) meningkat dengan kekalkan tempoh, atau

(2) kekal tapi tempoh lebih panjang

Susulan posting di atas, ramai ada yang bertanyakan soalan:

Apakah kesan kenaikan OPR (overnight policy rate)?

Kenaikan OPR akan memberi kesan langsung terhadap BR (base rate) dan sekaligus memberi kesan kepada pengguna yang mempunyai hutang dengan bank.

1. Bayaran ansuran dengan hutang bank akan bertambah, atau

2. Tempoh bayaran ansuran hutang bank akan bertambah.

Ia terpakai untuk mana-mana hutang bank yang menggunakan floating rate / variable rate, seperti

– hutang ASB

– hutang perumahan

– sesetengah hutang kereta

– sesetengah hutang personal financing

Bagi fasiliti hutang bank yang berkadaran tetap atau flat rate, ia tak berubah, seperti

– hutang “personal financing” / “personal loan”

– hutang kereta

– sesetengah hutang perumahan, contohnya LPPSA

(Hutang PTPTN, hutang court mamoth, hutang dengan kawan yang dah lama kau tak bayar pun tak terjejas kadar bayaran ansuran dan tempoh hutang. Tinggal lagi kau nak bayar atau tidak)

Ia terpakai untuk kedua-dua perbankan Islam dan konvensional. Oh, nanti akan ada yang kata “kan aku dah kata, bank Islam pun riba juga. OPR naik, dia pun naik”

Rileks. Selalunya yang kata gitu tak memahami pun kontrak produk perbankan Islam.

Bagi hutang dengan perbankan Islam, kadar naik turun OPR tidak menjejaskan jumlah bayaran balik hutang bank sebagaimana yang termaktub di dalam kontrak. Yang berbeza hanyalah jumlah ataupun tempoh ansuran. Ia akan ada kadar siling.

Tapi bagi perbankan konvensional, tidak ada dalam kontrak jumlah bayaran balik hutang. Ia 100% bergantung kpd naik turun OPR dan BR. Semaklah dalam kontrak hutang bank konvensional, takkan ada jumlah bayaran balik hutang sebagaimana dalam perbankan Islam.

Untuk makluman, dalam sejarah, kadar faedah bank-bank di Malaysia pernah naik sehingga melebihi 10%!!!

Apapun hidup tanpa hutang adalah lebih tenang. Tidak kira hutang dengan perbankan Islam atau konvensional.

Lagi kurang hutang, lagi bertenang.

Tonton juga video ini : Kenapa perbankan Islam pun guna OPR?

@afyan.ifp

Reply to @_adamfik Kenapa perbankan Islam pun guna OPR? Jangan lupa FOLLOW dan LIKE!#JomBelajar #TikTokGuru #LearnOnTikTok #Motivasi #MotivasiKewangan #selamathariguru

♬ Motivation & Inspiration – Alec Koff

Walaupun OPR meningkat, harga buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW turun.

Promosi TERKEJUT Buku Bijak Merancang Wang dengan harga RM39 sahaja! Harga biasa RM49, tapi hari ini saya buat PROMOSI TERKEJUT RM39 sahaja (tak termasuk postage)

Klik
Bukubmw.com/
Bukubmw.com/
Bukubmw.com/

*Ini adalah BUKU FIZIKAL, bukan ebook.
*Dalam pakej ini mengandungi

Naskah fizikal BUKU BIJAK MERANCANG WANG
Rakaman video Live Seminar BMW dengan durasi 5 jam
Ebook PKP (Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh!), 100 halaman.
Sertai FB Group Bijak Merancang Wang
Peluang menjadi affiliate produk-produk BMW

*Harga tak termasuk penghantaran
*Penghantaran mengambil masa kira-kira 7 hari bekerja

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Masa OPR turun hari tu, tak ada dengar yang kata…