fbpx

Geng forex tak ada hujah, mula serang peribadi

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 310Words
  • 707Views

Minta tolong cek, nampak macam akaun fake. Kalau fake, saya akan blok. Kalau bukan akaun fake, saya biarkan walaupun dari haters.

Haters, gunakan la akaun original. Ini tidak. Ajak live taknak, walhal bukan ajak debat pun. Lepas tu buat akaun palsu.

Berpuluh artikel + video + penerangan + kajian + fatwa tentang pengharaman forex, tapi tak faham juga. Maka, saya berlepas diri di akhirat kerana sudah jalankan tanggung jawab saya untuk memberi penerangan.

Tapi rula-rupanya tak klik pun link blog yang saya bagi sebab berangka buruk bahawa saya nak dapat income dari Google Adsense.

Walhal saya tak pasang pun plug in tu. Memang secara berkala, tulisan-tulisan saya daripada FB diupload ke blog, untuk memudahkan rujukan pada masa hadapan.

Dulu memang pernah pasang Adsense sekejap, tapi apabila saya tak dapat kawal jenis iklan yang keluar, maka saya batalkan sebab taknak terlibat dengan pendapatan yang syubhah.

Blog saya sarat dengan posting kewangan dan jika pasang Google Adsense, akan keluar iklan-iklan berkaitan kewangan termasuk produk tak patuh syariah dan juga iklan yang menampakkan aurat. Malah keluar juga iklan forex pada posting tentang hukum forex.

Selepas membaca tulisan Ustaz Zaharuddin berkenaan income syubhah melalui Adsense, maka terus saya batalkan.

Kalau saya pasang, memang boleh dapat passive income apabila orang baca posting saya dan tengok atau klik iklan.

Geng forex dan bangsa anti bank Islam sudah tak ada modal nak patahkan hujah saya berkenaan hukum forex dan perbankan Islam, mereka terpaksa cari point lain untuk serang peribadi.

Sama macam masa saya berlawan dengan bangsa anti bank Islam di Twitter, satu persatu kisah silam saya dibongkar. Contohnya mereka “bongkar” tentang sokongan politik saya, kes saya dengan regulator unit trust dan sebagainya. Walhal tak ada pun pembongkaran mana sebab semuanya bukan rahsia dan banyak kali dikongsi di FB.

Tak mustahil jika lepas ini keluar pula gambar bo*el

Kalau keluar, jangan terus percaya ya 🤪

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

One Comment

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ini benar. Ramai yang ingat, hibah takaful boleh selesaikan isu.…