fbpx

GST Sifar, Harga Barang Turun?

  • 6 years ago
  • 3Minutes
  • 424Words
  • 306Views

GST sifar, harga barang turun?

Secara teori dan kiraan atas kertas begitulah. Tapi secara praktikal, ia tidak semudah itu dan bukan semuanya akan begitu.

Secara umumnya, apabila sifar GST maka harga produk-produk yang dijual akan berkurangan 6%.

(Abaikan faktor SST terlebih dahulu untuk mudah faham)

Contoh, jika kita beli baju dan barangan persiapan raya di supermarket berjumlah RM1,000. Jika ia dibeli sebelum 1 Jun, jumlah GST 6% akan menjadikan jumlah yang dibayar menjadi RM1060 berbanding jika dibeli selepas 1 Jun, jumlah yang dibayar adalah RM1,000.

Begitu juga, jika kita beli komputer atau handphone. Andaikan harganya RM3,000. Dengan GST 6%, harga yang perlu pengguna bayar ialah RM3,180 berbanding GST 0% harganya RM3,000 sahaja jika dibeli selepas 1 Jun.

Contoh akhir, jika kita beli kereta. Jika harga kereta RM50,000, dengan GST 6% harganya menjadi RM53,000. GST yang perlu dibayar ialah RM3,000 dan jika dibeli selepas 1 Jun, GST itu menjadi sifar dan jumlah harganya ialah RM50,000 sahaja.

Tapi produk-produk di atas bukan hari-hari kita beli. Persiapan raya, setahun sekali. Komputer atau handphone, mungkin 3 ke 4 tahun sekali. Kereta, 3 ke 7 tahun sekali.

Yang kita beli hari-hari ialah barangan dapur dan makanan.

Pagi-pagi keluar rumah kita beli sarapan. Kemudian minum pagi. Kemudian makan tengah hari. Minum petang. Makan malam. Supper.

Ada yang kita beli di tepi jalan, warung, atau restoran. Ada juga yang beli barangan basah dan masak sendiri. Ia keperluan asas, makanan. Selain barangan kegunaan harian seperti sabun, bedak, minyak rambut, dan sebagainya.

Sebenarnya kebanyakan barang-barang asas seperti beras, ayam mentah, sayur-sayuran tidak dikenakan GST sejak GST diperkenalkan pada April 2015.

Tapi harga makanan banyak naik selepas 1 April 2015, perasan tak?

Jadi, saya tak fikir selepas GST pada kadar 0%, harga barang-barang makanan turun sebagaimana ia naik selepas GST.

Satu lagi, ingat tak sebelum harga petrol ditentukan setiap minggu dahulu?

Ketika itu, apabila harga petrol naik, harga barangan mesti naik. Harga makanan naik. Harga roti canai naik. Harga teh ais naik. Harga nasi lemak naik.

Pernah terjadi, sebelum kaedah penetapan harga petrol dibuat secara mingguan, apabila harga petrol diumumkan naik, maka harga barangan turut naik.

Petrol naik 20 sen, harga roti canai boleh naik 10 ke 20 sen dengan alasan “minyak naik”. Tapi apabila harga petrol diumumkan turun 20 sen, tidak pula harga barangan turun. Alasannya; “walaupun harga petrol turun, tapi kos-kos lain masih kekal”.

Begitu juga ketika harga gula naik apabila subsidi gula naik, harga barang makanan naik. Bayangkan, ketika harga gula naik 10 sen, harga air minuman pun naik 10 sen. Can you brain?

Jadi, apakah anda berharap harga barangan keperluan asas dan makanan akan turun selepas GST sifar pada 1 Jun nanti?

Kita tengok nanti.

Afyan Mat Rawi

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dari pagi tadi, ramai yang mesej saya bertanyakan tentang hal…