fbpx

Gunakan konsep ‘what if’ dalam kehidupan

  • 2 years ago
  • 3Minutes
  • 605Words
  • 363Views

Dalam kehidupan dan kewangan, kena sentiasa merancang yang terbaik. Dalam masa sama perlu juga kita bersedia sekiranya berlaku perkara buruk menyebabkan perancangan awal kira tadi tergendala.

Plan for the best. Prepare for the worst.

Dalam masa, kita percaya kepada konsep rezeki daripada Maha Kuasa.

We do the best. God do the rest.

Kita merancang dan Allah juga merancang. Allah ialah sebaik-baik perancang. Apa yang mungkin baik bagi kita, mungkin tidak baik bagi Allah. Apa yang tidak baik bagi kita, mungkin tidak baik di sisi Allah.

Kita nak hidup selesa, lalu kita perlu bekerja untuk dapatkan wang. Kalau boleh kita nak belanja wang itu terus setiap kali gaji. Tapi dalam masa sama kena sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan seperti duit itu habis awal sebelum sempat gaji seterusnya.

Dalam situasi itu, kita takkan belanja sesuka hati.

Dalam pelaburan pun begitu. Kita rancang dan harapkan supaya pulangan pelaburan kita menguntungkan. Tapi dalamasa sama perlu bersedia sekiranya ia tidak menjadi, hanya balik modal atau lebih teruk rugi besar.

Dalam situasi itu, kita takkan laburkan semua wang yang kita ada. Kita laburkan jumlah yang kita masih hidup tenang kalau wang pelaburan itu lenyap 100%.

Sentiasa gunakan persoalan WHAT IF dalam setiap perancangan.

Ketika membuat perancangan,

What if kalau perancangan kita menjadi?

What if kalau perancangan tak menjadi?

Dalam melabur,

What if kalau harga naik?

What if kalau market drop?

Dalam berbelanja,

What if kalau duit kita banyak?

What if kalau duit habis?

Dalam kita beli rumah pelaburan,

What if Kalau harga tak naik?

What if kalau tak dapat penyewa?

What if kalau penyewa buat masalah?

Dalam kita merancang persaraan,

What if kalau meninggal awal?

What if kalau umur 94 tak meninggal dunia lagi?

Dengan menjawab persoalan-persoalan di atas, ia akan mengukur sejauh mana tahap penerimaan risiko seseorang.

Ada orang jenis high risk taker. Ada orang jenis low risk taker.

Ada juga yang jenis over thinking.

Jadi, yang terbaik ialah kita mengambil kira risiko dan bersedia hadapi risiko-risiko yang dijangka. Calculated risk.

Kena ada Plan A dalam masa sama ada Plan B atau back up plan.

Dan dalam banyak-banyak Plan B, plan B yang paling penting ialah takaful.

Plan B dengan takaful adalah untuk menghadapi 3 musibah besar yang kemungkinan berlaku dalam kehidupan kita.

Ia juga disebut sebagai FINANCIAL DISASTER Iaitu 3D: DEATH, DISABLED dan DISEASE.

Plan B adalah untuk perkara yang kita tidak mahu berlaku, tapi jika berlaku maka kita sudah ada persediaan awal.

Plan A kita ada bekerja untuk mendapatkan income, membesarkan anak-anak, membeli rumah, membeli kereta, bercuti bersama keluarga, membuat simpanan, membuat pelaburan dan menikmati persaraan dengan tenang.

Untuk Plan A, tak perlu gunakan takaful. Boleh gunakan instrumen-instrumen kewangan lain seperti akaun simpanan, Tabung Haji, ASB, emas, saham, kripto, dan seumpamanya.

Tapi untuk Plan B dalam menghadapi FINANCIAL DISASTER tadi, jangan sekali-kali gunakan instrumen Plan A.

Kita tidak mahu aset-aset yang kita kumpul ketika muda untuk digunakan apabila tua dan bersara kelak, lenyap begitu sahaja hanya kerana kita disahkan kanser yang memerlukan kos perubatan yang besar dan tidak boleh lagi bekerja.

Kita tidak mahu waris menanggung hutang yang kita buat disebabkan kita tidak mampu membayarnya disebabkan tidak lagi bekerja disebabkan lumpuh.

Kita tidak mahu keluarga kita terabai disebabkan kita meninggal dunia awal.

Untuk menghadapi FINANCIAL DISASTER Ini, gunakan instrumen takaful! Ia jauh lebih jimat dan berbaloi.

Dalam masa sama, jangan pula gunakan instrumen takaful untuk mencapai matlamat dalam Plan A tadi. Terbalik jadinya nanti. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Sayang sekali sekiranya wang simpanan yang kita bertahun-tahun terpaksa digunakan untuk menggantikan pendapatan apabila kita tidak mampu bekerja disebabkan kena penyakit kritikal.

Jadi di sinilah pentingnya Plan B, yang ramai orang terlepas pandang.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Bayangkan..... Bayangkan juga kalau lepas tutup polisi takaful, terjadi musibah…