Hukum e-Wallet MAE

  • Reading:3Minute:s
  • PostView Count:96Views

Selepas saya mempromosi e-wallet MAE sejak minggu lepas, ada yang bertanyakan tentang hukumnya.

Saya bukanlah ahli dalam bidang hukum hakam, jadi dalam bab ini saya merujuk kepada pakarnya.

Saya kongsikan sebahagian tulisan daripada Dr Azrul Azlan Iskandar Mirza, daripada Fakulti Ekonomi & Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia

Tulisan penuh boleh didapati di website e-muamalat, JAKIM.

Ini sebahagian tulisan tersebut:

“Secara umumnya, perkhidmatan e-wallet ini tidaklah dilihat mempunyai unsur-unsur yang bercanggah dengan prinsip syariah selagi barangan dan perkhidmatan yang dibeli adalah patuh syariah seperti tidak membeli arak yang diharamkan. Adaptasi Fiqh (Takyif fiqhi) mungkin menimbulkan persoalan namun ia masih tidak terkeluar dari prinsip yang dibenarkan syariah. Ia boleh dikira sebagai akad moden yang diterima oleh syariah. Walaubagaimanapun, ada beberapa isu yang dibangkitkan sebagai peringatan kepada syarikat penyedia e-wallet.

Pertama, promosi bonus isi semula. Ada syarikat penyedia e-wallet menawarkan bonus bagi setiap isian semula sebagai promosi menggunakan e-wallet mereka. Isi RM100 dan dapat bonus tambahan RM5. Adakah itu termasuk riba? Pada pandangan penulis, ia perlu diperhalusi dengan tuntas. Adakah RM100 isian semula itu adalah bentuk pinjaman pelanggan kepada syarikat penyedia e-wallet? Sekiranya ia berbentuk pinjaman, maka RM5 bonus adalah dikira faedah ke atas pinjaman tersebut dan sudah pasti ia bentuk riba yang diharamkan. Walaubagaimanapun, penulis tidak melihat ia satu bentuk pinjaman kerana syarikat penyedia e-wallet tidak mempunyai apa-apa hak penggunaan terhadap isian semula tersebut. Ia tidak sama seperti bank yang mempunyai hak untuk melakukan pelaburan dan aktiviti yang dibenarkan.

Tambahan pula, kebanyakkan syarikat penyedia e-wallet mensyaratkan pembelian bagi menggunakan bonus tersebut. Ini kerana, biasanya syarikat penyedia e-wallet menggunakan keuntungan caj transaksi pembelian bagi membayar bonus tersebut kepada pelanggan. Dengan ertikata lain, bonus tersebut diambil dari keuntungan caj pembelian, bukan wang pelanggan. Kedua, syarikat penyedia e-wallet menyediakan peruntukan khas bagi memasarkan e-wallet mereka untuk menarik ramai pelanggan.

Maka, kebarangkalian ia akad pinjaman adalah agak jauh.

Namun, jika syarikat penyedia e-wallet menggunakan wang milik pelanggan bagi aktiviti lain (selain yang dibenarkan) dan memberi bonus kepada pelanggan, ia termasuk dari bentuk pinjaman dan terdedah kepada pengharaman riba. Sekiranya ini berlaku, syarikat penyedia e-wallet telahpun melanggar peraturan sebagai penyedia e-wallet dan boleh ditarik ‘lesen’ mereka.

Kedua, promosi yang bercanggah syariat. Ada syarikat penyedia e-wallet menawarkan ‘lucky draw’ kepada pelanggan yang menggunakan e-wallet mereka. Ia semata-mata menggalakkan pelanggan menggunakan perkhidmatan e-wallet. Contohnya, mereka perlu membayar RM1 dari e-wallet untuk menyertai satu ‘lucky draw’. Sekiranya menang, mereka akan menerima hadiah berupa gadjet bernilai ribuan ringgit. Mereka yang tidak berjaya akan dipulangkan kembali wang mereka ke dalam e-wallet masing-masing. Komitmen walupun RM1 untuk menyertai ‘lucky draw’ adalah satu bentuk perjudian yang tidak dibenarkan walaupun ia dipulangkan kembali jika tidak berjaya. Ia sama seperti menyertai perjudian tetapi tidak mengeluarkan duit sendiri.

Kesimpulannya, perkhidmatan e-wallet tidaklah melanggar prinsip syariah apatah lagi ia sebenarnya membantu manusia memudahkan urusan hariannya.

Walaubagaimanapun, terdapat teknikal proses dan kaedah promosi yang perlu diteliti oleh syarikat penyedia e-wallet sekiranya ingin memastikan perkhidmatan mereka patuh syariah.”

Tamat tulisan beliau.

Tulisan penuh boleh didapati di website e-muamalat, JAKIM. Boleh baca di sini

Bagi e-wallet MAE yang saya promote, ia adalah produk patuh syariah daripada Maybank Islamic.

Install aplikasi

Bagi sesiapa yang belum install, boleh lakukannya dan masukkan code di bawah utk dapatkan R.M10

ABM08081
ABM08081
ABM08081

Boleh scan menggunakan QR Code ini untuk download aplikasi e-wallet MAE.

Jika Phone Android, klik di sini

Jika iPhone, klik di sini


Lepas install, masukkan code di bawah utk dptkan R.M10 kredit

ABM08081
ABM08081
ABM08081

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

One Comment

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended
Mengapa Bill Gates tidak benarkan anak perempuannya berkahwin dengan lelaki…