HarapanCoin dan Isu Berbangkit
Baru beberapa hari lepas saya kongsikan perkara ini.
Saya meragui HarapanCoin bukan sebab ia dari Kerajaan PH.
Tahun lepas ketika Kerajaan Kelantan dikaitkan dengan syarikat Ecobit & Climate Protector, syarikat yang disenarai-hitamkan oleh BNM, saya turut melahirkan keraguan yang sama.
Saya melahirkan keraguan dan kebimbangan kali ini atas asas yang sama, dibimbangi ia akan terjebak ke dalam scam.
Sebelum ini saya tak fikir ia betul-betul dari PH. Tapi rupa-rupanya ia diendorse oleh pimpinan PH yang juga menteri, YB Khalid Samad.
Matawang kripto (cryptocurrency) sangat terdedah kepada manipulasi scammer dan banyak isu syariah seputarnya.
Jadi saya sangat bimbang perkara seumpama ini diangkat menjadi agenda politik negara.
Wallahua’lam.
Afyan Mat Rawi, IFP
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran