Harapancoin
Harapancoin.
Beberapa orang rakan bertanyakan saya perihal ini.
Pertama kali ditanya pada seminggu atau dua minggu lepas. Cuma sehari dua ini ramai pula yang bertanyakan.
Awalnya malas saya hendak selidik. Tapi apabila lebih daripada 3 orang bertanya dalam tempoh yang singkat, saya tergerak untuk buka website berkenaan.
Sepintas lalu, saya mengesyaki sesuatu yang tidak kena.
Takkan mudah-mudah Pakatan Harapan atau Kerajaan Malaysia terlibat dengan benda-benda begini.
Jika ada, tentu akan dibuat pengumuman rasmi perkara sepenting dan sebesar ini.
Website berkenaan memang meyakinkan. Siap ada gambar dan caption pimpinan negara.
Memang ada pimpinan PH yang mempromosi perkara inil
Pesanan ringkas saya; Jangan mudah-mudah untuk letakkan duit dalam perkara yang kita tak tahu.
Nota: Saya sedang dapatkan info dari beberapa rakan-rakan PH. Setakat maklumat awal diterima, ia bukan dari PH atau kerajaan.
Tapi kalau betul ia dari PH, saya sangat meraguinya.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran