fbpx

Zakat TH; Zakat Simpanan Atau Zakat Perniagaan?

  • 4 years ago
  • 3Minutes
  • 531Words
  • 1479Views

Tahun lepas saya ada kongsikan tulisan yg membuat perbandingan tentang ASB dan TH, yg menunjukkan TH lebih untung sebab zakat sudah dibayar.

Rujuk posting di sini

Selepas posting tersebut, ada satu persoalan besar yg dibangkitkan oleh netizen di ruang komen posting berkenaan.

Ia berkenaan zakat yang dibayar oleh TH; sama ada ia zakat simpanan atau zakat perniagaan?

Rujuk gambar pertama, kenyataan dalam website Tabung Haji yg mengatakan tidak perlu lagi pendeposit membayar zakat simpanan.

Ini perkara utama saya highlight dalam tulisan saya tahun lalu menyebabkan simpanan di TH lagi untung daripada simpanan biasa di ASB.

Tapi cuba lihat pula grafik kedua, saya ambil dari FB Tabung Haji.

Cuba Tuan-Puan buat kiraan sendiri jumlah zakat yang dibayar sebanyak RM68 juta ini.

Ia adalah 2.5% daripada jumlah keuntungan bersih 2.8 billion.

Bayaran zakat daripada jumlah keuntungan bersih adalah zakat perniagaan BUKAN zakat simpanan.

Jika zakat simpanan, perlu dibayar daripada keseluruhan wang yang dideposit, bukan keuntungan sahaja.

Saya sudah emelkan kpd Tabung Haji persoalan ini pada bulan Disember lepas dan jawapan mereka ialah;

“TH membayar zakat perniagaan bagi pihak pendeposit dan dengan demikian pendeposit tidak perlu lagi membayar zakat simpanan ke atas wang simpanannya”

 

Saya sudah pun merujuk beberapa tokoh dalam bidang muamalat, dan mereka pun mengatakan perkara sama; sepatutnya zakat perniagaan berbeza dengan zakat simpanan.

Jika kaedah sama diambil, duit simpanan kita di institusi kewangan yg sudah membayar zakat perniagaan, pendeposit tak perlu bayar zakat simpanan.

Contoh;

  • Bank Islam sudah bayar zakat perniagaan mereka, tapi pendeposit Bank Islam masih perlu bayar zakat simpanan.
  • PNB sudah bayar zakat perniagaan mereka, tapi pelabur ASB masih perlu bayar zakat.

Tapi dalam hal Tabung Haji, disebabkan TH sudah membayar zakat perniagaan mereka, pendeposit sudah tidak perlu lagi membayar zakat simpanan.

Ia mengelirukan.

Tulisan ini bukan untuk meminta pendeposit TH membayar zakat simpanan. Selama ini saya sendiri pun tidak membayar zakat simpanan saya di TH.

Tulisan ini untuk meminta penjelasan supaya kekeliruan ini dapat terlerai.

Tulisan ini mengharapkan satu penjelasan yg ilmiah bagi menunjukkan bagaimana zakat perniagaan institusi boleh melepaskan tanggungjawab zakat simpanan ke atas pendeposit institusi terbabit.

PALING PENTING tulisan ini sebagai tulisan balas ke atas tulisan saya sendiri yg viral tahun lepas berkenaan isu ini. Ketika itu saya percaya yang dibayar ialah zakat simpanan.

Saya bertanggungjawab kerana tulisan saya sebelum ini sudah viral dan diambil oleh banyak blog-blog popular.

Dengan perkembangan terbaru, saya dapati ia bukan zakat simpanan, tapi zakat perniagaan.

Jadi boleh saya katakan tulisan saya dahulu adalah separuh masak maka tulisan ini ditulis, diperam dan baru hari ini dikongsi kepada publik dengan penuh rasa hormat kepada Tabung Haji sebagai institusi kewangan yg banyak membantu umat Islam sejak berdekad.

Semoga tulisan ini dikongsi dan dibaca oleh rakan-rakan yang pernah membaca dan mengongsi tulisan sebelum ini.

InsyaAllah tulisan ini akan bersambung.

Ikuti FB Afyan Mat Rawi utk info-info dan Tips kewangan dan kehidupan.

 

UPDATE 8 Feb 2018:

Harapan saya daripada tulisan ini BUKAN supaya pendeposit TH perlu membayar zakat simpanan.

Harapan saya ialah, supaya ia ada penejlasan ilmiah seterusnya perkara sama dapat diaplikasi kpd institusi-institusi kewangan lain yang sudah membayar zakat perniagaan maka pendeposit & pelabur lepas tanggungjawab untuk membayar zakat simpanan.

Kepercayaan saya kepada institusi Tabung Haji masih tinggi.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

7 Comments
  1. Avatar
  2. Avatar
    • Avatar
    • Avatar
  3. Avatar
  4. Avatar

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Posting ini sempena pengumuman hibah Tabung Haji 2017. Hampir sama…