fbpx

Harga Minyak Jatuh, Mimpi Ngeri Kepada Petronas

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 307Words
  • 252Views

Apabila harga minyak jatuh, ia adalah mimpi ngeri kepada Petronas dan sekaligus kepada Malaysia.

Dan kita rakyat patut rasa bimbang dengan apa yang berlaku. Ia bakal menjejaskan industri petroleum yang sedia ada tenat dalam 4, 5 tahun ke belakang.

Mungkin ada yang anggap ia tak effect kepada pasaran Malaysia. Tapi memandang dari sudut berbeza. Apa yang berlaku kepada industri minyak mentah dunia, mesti akan memberi impak kepada industri petrol Malaysia.

Baca juga beberapa artikel yang mengatakan ia tak memberi impak kepada Malaysia. Tapi dalam tulisan ini, kita bersedia untuk menghadapi situasi terburuk. Worst case scenario.

Dulu-dulu, kita tak terbayang selama ini harga petrol lebih murah daripada air mineral.

Mana kita terfikir harga minyak mentah terjun tiruk malah sehingga negatif!

(Nota: Harga minyak mentah WTI dan Brent berbeza-beza. Malaysia pakai Brent)

Apabila industri petroleum terjejas, ia akan menyebabkan keuntungan Petronas turut terjejas. Apabila keuntungan Petronas terjejas, ia sekaligus mengurangkan cukai yang dibayar oleh Petronas kepada negara.

Selama ini Petronas banyak membantu penghasilan pendapatan negara, kali ini mereka sendiri yang perlu dibantu.

Siapa yang patut membantu?

Kita, rakyat Malaysia.

Bagaimana cara kita membantu?

Mulai hari ini, isi petrol di Petronas.

Install applikasi Setel yang didokong oleh Petronas.

Klik di sini daftar applikasi Setel

Dengan cara ini ia secara tak langsung memberi sokongan kepada Petronas dan negara.

Ya, saya tahu petrol bulan lepas masih tak luak. Maksudnya, selepas ini nanti. Selepas habis PKP nanti.

Selepas PKP nanti juga, banyakkan melancong dalam negara supaya ekonomi negara cepat pulih

Selain itu, jika tak dapat beli petrol di Petronas, paling kurang belilah barangan di kedai Mesra Petronas.

Beli barangan buatan tempatan. Contoh Petronas tadi, ia bukan sahaja menyokong industri tempatan malah secara tak langsung ia menyokong kempen BMF.

Afyan Mat Rawi
Bekas Bapa BMF Kebangsaan (self-claim)

IKLAN: E-learning Seminar Bijak Merancang Wang #eSeminarBMW, yg mengandungi 17 video + 1 ebook. eSeminarBMW

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Saya menjalankan beberapa bisnes dalam bidang perkhidmatan kewangan. Takaful Unit…