fbpx

Hati-hati Alfafa Kembali

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 306Words
  • 667Views

The comeback is real.

Liat betul orang tua ini. Tak serik-serik dengan projek perumahan top good to be true dia.

Yang terbaru, dia umpan pembeli-pembeli lama untuk bayar wang tambahan untuk menyiapkan rumah yang dijanjikan lebih 5 tahun lepas.

Siapa bayar dulu akan dapat rumah dulu. Saya tak dapat bayangkan jika masih ada yang percaya.

Sepanjang pengalaman saya sebagai perunding dalam bidang servis kewangan membanteras dan membongkar skim-skim mengarut sebegini, saya kira ini antara skim yg pling lama saya lawan dan bertahan.

Berbanding skim-skim sebelum ini sedari zaman skim BuluhMas, Infinity Downline, Geneva, Tok Belagak, YSLM, Wadiah Trading, Highway Group, ARBA, MeccaFund – kesemunya sudah terkubur dan ada yang sudah beberapa kali diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Kisah-kisah melawan scammer ini saya pernah kongsikan dalam buku Tersontot Di Pintu Shorga. Semua scammer yang saya sebut itu dah berkubur dan tersontot.

Kalau tak faham maksud tersontot, boleh Google. Skim-skim scam itu saya sebut nama mereka di media sosial ini ketika ia rancak dan SEMUA tersontot kurang daripada 3 tahun, termasuk Alfafa.

Saya sebut direct tanpa gunakan page palsu putus wayar dan tak perlu mengfitnah. Penuh dengan fakta dan hujah.

 

Tapi Norsham Alfafa ini bertahan dengan aktiviti sama hingga kini walaupun sudah tersontot pada tahun 2017 lepas.

Ya, ia sontotan agung 2017 selepas tamat tempoh 3 tahun rumah yang dijanjikan siap dan tahun sama juga saya menang kes mahkamah melawan Norsham Alfafa.

Lawan mahkamah, kalah.

Dah diisytiharkan bankrap.

Dah pernah kena tahan reman.

Tapi masih kekal modus operandi sama, nama sama, logo sama, hingga sekarang tahun 2020.

Satu sudut positif, boleh belajar semangat dan kesungguhan beliau istiqamah di atas jalan scammer ini.

Hutang kalah saman 10K pun masih belum dia bayar. Ada hati nak buat projek baru.

Kisah-kisah melawan scammer termasuk Norsham Alfafa ini pernah diabadikan dalam buku Tersontot Di Pintu Shorga.

Siapa pernah baca buku ni?

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB M Firdaus Ibrahim Masih ramai di luar…