fbpx

Hibah Takaful Membantu Urusan Pusaka

  • 4 years ago
  • 3Minutes
  • 421Words
  • 418Views

Hibah Takaful MEMBANTU urusan pusaka, bukannya “menyelesaikan”.

Beberapa tahun sebelum “hibah takaful” dipopularkan, saya belajar tentang hibah di Takaful IKHLAS, antara syarikat takaful pertama yang menggunakan instrumen hibah takaful di Malaysia sebelum IFSA 2013 dikuatkuasakan.

hibah membantu uruskan pusaka

IFSA = Islamic Financial Services Act / Akta Perkhidmatan Kewangan Islam.

Hibah merupakan instrumen pengagihan manfaat takaful, bukan produk takaful dan selepas IFSA 2013, semua borang-borang permohonan takaful semua syarikat takaful diwajibkan untuk disertakan borang penamaan hibah, di samping borang penama yang sudah sedia ada sejak sekian lama.
 
Bagi mana-mana peserta takaful yang menyertai takaful sebelum pelaksanaan IFSA 2013, wajib mengisi borang penama.
 
Bagi peserta yang menyertai takaful selepas IFSA pula boleh memilih sama ada untuk mengisi borang penama atau hibah sahaja, atau kedua-duanya.
 
Ia BUKAN penyelesaian kepada isu pusaka, ia hanyalah membantu dan sangat terhad kepada manfaat takaful dan sangat rapuh kerana polisi boleh lapse pada-pada bila masa dengan mudah.
 
Mempromosi produk ini adalah bagus, tapi dakwaan bahawa ia menyelesaikan urusan pusaka adalah salah sama sekali.
 
Jika tidak kena gaya, ia boleh menimbulkan persepsi di kalangan pengguna bahawa ” cukup dgn hibah takaful utk menyelesaikan urusan pusaka dan tidak perlu lagi kpd instrumen pusaka lain seperti wasiat, hibah harta dll”.
 
Perkataan yg lebih tepat ialah hibah takaful MEMBANTU urusan pusaka, bukannya “menyelesaikan”. Satu perkataan tapi memberi impak maksud dan tanggapan berbeza.

  .

Berikut beberapa tulisan saya berkaitan isu ini:

Beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian jika mengisi borang hibah takaful.
Baca artikel : Takaful bukan sekadar hibah takaful

Dahulu trend medical card takaful dan kini tren hibah takaful pula, jadi ini beberapa perkara penting yang perlu di ketahui.
 
Kaitan hibah dan wakaf dalam perancangan kwangan Islam.
 
Perbezaan di antara penama dan hibah dalam produk takaful.
 
Ini pula contoh proposal takaful yang mengandungi hibah dengan bajet RM 100 sahaja.
 
Gambar: On This Day FB, saya belajar tentang “Hibah Ikhlas” pada tahun 2015 pada tarikh ini.

 

Berminat untuk mengetahui berkenaan hibah Tuan/Puan boleh isi borang dibawah.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
"Babi betul!", kata Mamat (bukan nama sebenar) sambil menghembuskan asap…