fbpx

Hidup Adalah Apa Yang Kita Pilih

  • 5 years ago
  • 1Minute
  • 188Words
  • 360Views
hidup apa yang kita pilih

Hidup adalah apa yang kita pilih.

Kesesakan jalanraya di musim perayaan, bukan satu perkara baru.

Setahun mungkin dua, tiga kali sahaja kita bersesak-sesak balik kampung beraya.

Lagi pula hari lain sudah biasa sesak dalam hutan batu di waktu pergi dan balik kerja.

Ia bukan “masalah” sehari dua ini.

Tiada guna bersungut jalan sesak balik dari kampung, kerana ia adalah apa yang kita pilih sebelum-sebelum ini.

Kita sendiri yang pilih rumah dan kerja jauh dari kampung halaman, tapi setiap kali musim perayaan kita bersungut tentang kesesakannya.

Kita sendiri yang pilih pasangan yang kampungnya jauh dari kampung kita, kita pula yang bersungut tentnagnya setiap tahun.

Bukan baru tahun ini, malah sudah bertahun-tahun ia berulang setiap kali.

Walhal kita boleh pilih;

  • Pindah rumah di kampung
  • Kahwin dengan gadis / teruna sekampung
  • Tukar kerja di kampung
  • Pindahkan kampung ke bandar
  • Tukar kerja yang boleh bercuti panjang supaya tak perlu balik waktu puncak.
  • Ponteng kerja.
  • Kerja dari rumah.
  • Pecat boss, bekerja sendiri. Cuti sendiri.
  • Tak path balik kampung. Tak payah tempuh kesesakan jalan raya.
  • Balik naik helikopter. Hoho!

Pilih!

Usah membangau lagi!

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Bila tiba hari raya Semua insan bergembira Tetapi bagiku hanya…