fbpx

Persediaan Awal Menjelang 2019

  • 6 years ago
  • 2Minutes
  • 231Words
  • 434Views

Berikut adalah tulisan dari FB Nur Ain Airil berkaitan gaji dan keperluan simpanan terutamanya menjelang tahun 2019 nanti..

Musim gaji.

Rata-rata dalam kebanyakkan group di facebook dan status-status usahawan akan mengiklankan produk-produk mereka apabila gaji mula keluar.

Jarang-jarang kita jumpa status yang menasihatkan agar merancang kewangan atau yang lebih utama simpanan kecemasan saat musim gaji menjelma. Ha kalau baca status ni pun ada yang dah trigged.

Ini menunjukkan rakyat Malaysia lebih suka berbelanja atau terdorong untuk berbelanja ketika musim gaji berbanding membuat simpanan.

Berdasarkan temu bual Ustaz Dr Zaharuddin Abd. Rahman di TV3 tempoh hari, beliau mengatakan bahawa tahun 2019 adalah tahun yang sukar bagi rakyat Malaysia kerana perlu berkorban mengikat perut bagi melangsaikan hutang-hutang lapok negara.

Antaranya dalam bajet 2019 nanti dilihat :
1. Tiada kenaikan gaji buat penjawat awam
2. Tiada pemberian bonus kepada golongan berpendapatan tinggi
3. Cukai tambahan kepada golongan berpendapatan tinggi
4. Tiada insentif perniagaan atau bantuan kepada syarikat-syarikat.

Semua ini dilakukan bagi mengurangkan perbelanjaan negara dan menstabilkan aliran tunai kewangan negara.

Jadi disinilah fungsinya simpanan kita dalam keadaan kewangan yang tidak menentu. Persediaan awal perlu dilakukan bermula daripada sekarang.

“PLAN YOUR WEALTH, CHANGE YOUR LIFE”

Tak salah berbelanja. Cuma tentukan dulu keperluan dan kehendak sebelum membeli. Asingkan dahulu simpanan dan langsaikan hutang-hutang, barulah lebihan itu digunakan untuk berbelanja dengan bijak.

Menabung demi masa depan yang cerah.

Nur Ain Airil
Konsultan INFAQ Consultancy
Juga penyimpan seperti anda.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Urus kewangan dengan bijak supaya tidak menyesal kemudian hari. Sedikit…