September 11, 2019
Hikmah Di Sebalik Kempen BMF BMBF
Hikmah di sebalik kempen #BMF #BMBF
- Rupa-rupanya ada banyak produk-produk halal keluaran orang Islam yang selama ini tidak atau jarang diketahui, mungkin faktor pasaran kurang meluas.
- Rupa-rupanya ada banyak juga produk-produk halal keluaran orang bukan Islam tapi menggunakan nama-nama yang mengelirukan pengguna Muslim.
- Rupa-rupanya baru kita tahu bahawa dalam keadaan orang-orang bukan Islam terutama orang Cina dan India majoriti menentang tulisan jawi, rupa-rupanya bisnesman-bisnesman mereka gunakan tulisan jawi pada produk-produk keluaran mereka untuk pasaran orang Islam.
- Rupa-rupanya masih lagi ramai yang tak dapat bezakan di antara perkataan “sokong” dan boikot”, dari level-level menteri, hingga ke ustaz-ustaz apatah lagi rakyat bawahan.
- Rupa-rupanya ramai juga yang panas dengan kempen sokong dan utamakan produk orang Islam. Jika dari orang bukan Islam, mungkin boleh kita faham tapi ada juga dari orang Islam sendiri!
- Ketika ada rakan-rakan Muslim yang membantah kempen BMF, ada juga rakan-rakan non-Muslim yang tak kisah pun malah menyokong kempen BMF!
- Rupa-rupanya GSST, SST dan segala macam formula dan teori turunkan harga barang tidak berkesan, tapi BMF / BMBF mampu lakukan!
- Rupa-rupanya selama ini rakan-rakan non-Muslim terutama kaum Cina, sudah lama mengutamakan produk atau kedai kaum mereka dalam membeli belah. Kelebihan mereka, ia dijalankan tanpa kempen tapi atas kesedaran dan asuhan dari kecil.
- Rupa-rupanya medan ekonomi lebih mudah menyatukan orang Islam berbanding medan politik!
Ada tambahan?
Afyan Mat Rawi
Penyokong Kempen BMF
Follow dan klik see first utk lagi tip-tip kewangan dan kehidupan.
Utk info pantas, ikuti Channel Telegram t.me/AfyanIFP
Jemput follow saya di beberapa media sosial lain;
Channel Telegram t.me/AfyanIFP
Page FB fb.com/Afyan.IFP
Twitter twitter.com/AfyanIFP
Instagram instagram.com/Afyan.IFP
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran