fbpx

Hikmah Di Sebalik Kempen BMF BMBF

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 274Words
  • 295Views

Hikmah di sebalik kempen #BMF #BMBF

  1. Rupa-rupanya ada banyak produk-produk halal keluaran orang Islam yang selama ini tidak atau jarang diketahui, mungkin faktor pasaran kurang meluas.
  2. Rupa-rupanya ada banyak juga produk-produk halal keluaran orang bukan Islam tapi menggunakan nama-nama yang mengelirukan pengguna Muslim.
  3. Rupa-rupanya baru kita tahu bahawa dalam keadaan orang-orang bukan Islam terutama orang Cina dan India majoriti menentang tulisan jawi, rupa-rupanya bisnesman-bisnesman mereka gunakan tulisan jawi pada produk-produk keluaran mereka untuk pasaran orang Islam.
  4. Rupa-rupanya masih lagi ramai yang tak dapat bezakan di antara perkataan “sokong” dan boikot”, dari level-level menteri, hingga ke ustaz-ustaz apatah lagi rakyat bawahan.
  5. Rupa-rupanya ramai juga yang panas dengan kempen sokong dan utamakan produk orang Islam. Jika dari orang bukan Islam, mungkin boleh kita faham tapi ada juga dari orang Islam sendiri!
  6. Ketika ada rakan-rakan Muslim yang membantah kempen BMF, ada juga rakan-rakan non-Muslim yang tak kisah pun malah menyokong kempen BMF!
  7. Rupa-rupanya GSST, SST dan segala macam formula dan teori turunkan harga barang tidak berkesan, tapi BMF / BMBF mampu lakukan!
  8. Rupa-rupanya selama ini rakan-rakan non-Muslim terutama kaum Cina, sudah lama mengutamakan produk atau kedai kaum mereka dalam membeli belah. Kelebihan mereka, ia dijalankan tanpa kempen tapi atas kesedaran dan asuhan dari kecil.
  9. Rupa-rupanya medan ekonomi lebih mudah menyatukan orang Islam berbanding medan politik!

Ada tambahan?

Afyan Mat Rawi
Penyokong Kempen BMF

Follow dan klik see first utk lagi tip-tip kewangan dan kehidupan.

Utk info pantas, ikuti Channel Telegram t.me/AfyanIFP

Jemput follow saya di beberapa media sosial lain;

Channel Telegram t.me/AfyanIFP
Page FB fb.com/Afyan.IFP
Twitter twitter.com/AfyanIFP
Instagram instagram.com/Afyan.IFP

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Wahai Kekanda Dr Mujahid Yusof Rawa, Mengapa Kekanda hendak boikot…