Hikmah PKP
Hikmah Ramadhan dan Syawal dalam PKP
1. Ketua-ketua keluarga berpeluang menjadi imam tarawih. Malah ada yang pertama kali jadi imam tarawih. Ada juga yang pertama kali 30 hari penuh jadi imam.
2. Solat tarawih dapat dilakukan dengan lebih kerap malah penuh berbanding tahun biasa yang kadang kala sibuk dengan perkara lain, seperti kerja over time, jemputan iftar dan sebagainya.
3. Tiada lagi pembaziran di bazar Ramadan yang kemudiannya membawa kepada pembaziran makanan seperti tahun-tahun sebelum.
4. Hujung Ramadan yang biasanya akan sibuk membuat persiapan raya sudah dapat dikurangkan dan boleh stay focus kepada ibadah puasa.
5. Hujung Ramadan yang selalunya banyak jemputan untuk acara iftar pun tiada lagi. Jadi dapat fokus kepada ibadah akhir Ramadhan.
6. Tiada lagi pembaziran untuk belanja buffet Ramadan untuk acara iftar di hotel-hotel mewah yang selalunya harga tak masuk akal.
7. Tiada lagi kedengaran pergaduhan mana lebih afdhal antara solat tarawih 8 atau 20 rakaat.
8. Tidak timbul lagi pergaduhan isu tazkirah di antara tarawih atau selepas habis tarawih. Malah dulu ada orang-orang agama yang bergaduh kerananya.
9. Tidak ada pergaduhan suami isteri nak balik kampung sebelah mana tahun ini. Semua beraya di rumah masing-masing.
10. Persediaan menghadapi raya Aidilfitri pun lebih tenang tanpa kalut seperti tahun-tahun biasa terutama beberapa hari sebelum raya.
11. Langsung tidak timbul isu kesesakan balik beraya ke kampung di lebuh-lebuh raya Malaysia. Lebuh raya dan RnR lebih tenang.
12. Langsung tak ada berita pasal kanak-kanak putus jari akibat main mercun. Tapi malam tadi dah start bunyi. Kita tengok hari ini macamana.
13. Langsung tak kedengaran berita kemalangan jalan raya akibat pulang berhari raya di kampung.
14. Geng bujang tidak perlu lagi berhadapan dengan pakcik makcing bawang yang bertanya soalan maut “bila nak kahwin”.
15. Kos petrol dan tol dapat dijimatkan dengan jayanya apabila tak perlu balik kampung.
16. Tiada lagi amalan pemberian duit raya maka tiada lagi bunyi sungutan “bagi duit raya sikit” oleh kanak-kanak malah juga oleh pernah berlaku oleh makcik saudara yang terima duit raya dari anak saudara.
17. Apabila tiada lagi amalan pemberian duti raya, sekaligus tidak berlaku lagi rasa rendah diri bagi mereka yang tidak mampu memenuhi amalan beri duit raya.
18. Hospital pun lebih tenang tanpa kemasukan pesakit disebabkan kemalangan jalan raya, cedera akibat main mercun dan meriam, keracunan makanan, penyakit dan sebagainya.
19. Tidak perlu lagi beratur panjang di masjid dan surau untuk bayar zakat fitrah sebagaimana biasa, sebab semua online. Orang yang selama ini refuse bayar online sebab tak ada roh dan feel bayar zakat pun terpaksa online.
20. Pagi raya, akan ada ramai imam dan khatib tak ada tauliah pertama kali jadi imam solat sunat Aidilfitri dan baca khutbah raya. Jangan tersilap baca khutbah sebelum solat ya. 😁
21. Tiada lagi amalan makan moreh yang sebenarnya tidak menyihatkan. Baru lepas makan masa berbuka puasa, makan lagi selepas beberapa jam lepas tarawih.
22. Tiada lagi budak-budak yang datang ke surau atau masjid kononnya untuk solat tarawih tapi sebenarnya main mercun.
23.
Ada lagi?
Komen terpilih saya tambah.
Senarai di atas akan bertambah dari masa ke masa..
Dalam ebook PKP: Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh!, ada satu bahagian bertajuk “Dalam kesempitan, ada kesempatan. Dalam krisis ada peluang”, saya menulis tentang beberapa hikmah di sebalik PKP.
Tamat Ramadhan semalam, rupa-rupa-rupanya ada banyak lagi hikmah yang ada.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran