fbpx

Hormatilah Keputusan Politik Mereka

  • 7 years ago
  • 1Minute
  • 142Words
  • 419Views

Hormatilah keputusan politik mereka.

Lebih kita doakan hubungan kekeluargaan mereka terus utuh hingga ke akhirat dan bertemu ayahanda mereka di syurga.

Tentu arwah TGNA sedih jika anak-anaknya dituduh sebagai sebagai tidak mengikuti perjuangannya, makan dedak, derhaka dan lain-lain tuduhan negetif.

Sungguh menghairankan ketika kita menyanjung salah seorang bersama perjuangan kita dengan slogan “mewarisi legasi TGNA” tapi dalam masa mencela seorang lagi.

Walhal kedua-duanya anakanda Allahyarham TGNA.

Bukankah Kelantan pernah dikenali sebagai universiti politik terbuka?

Politik, sukar untuk bersikap adil jika tidak berada di puak kita.

Sebagaimana saya sedih tengok Ust Nik Abduh dituduh sebagai makan duit Umno dan pelbagai fitnah lain, saya turut sedih apabila melihat Ust Nik Omar pula dituduh derhaka.

Moga roh TGNA tenang di sana.

Afyan Mat Rawi
Rindu Tok Guru Nik Aziz yang hidup dan matinya hanya untuk Islam dan perjuangan Islam

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Suasana agak tegang di Pusat Mengundi Sekolah Agama Rakyat Kg…