Hukum Bekerja di Perbankan Konvensional
HUKUM BEKERJA DI PERBANKAN KONVENSIONAL.
Saya kongsikan tulisan daripada Ustaz Lariba, intipati daripada ceramah Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman berkenaan isu ini;
NASIHAT UZAR KEPADA YANG BEKERJA DI PERBANKAN KONVENSIONAL
Pendapatan utama perbankan konvensional ialah riba. Dan riba adalah antara dosa-dosa besar dalam Islam.
Ini adalah intisari nasihat dari Dr Zaharuddin (UZAR) kepada yang bekerja di perbankan konvensional.
1. Pendapat pertama ulama ialah haram bekerja di perbankan konvensional sebab sumber pendapatan utama ialah riba.
2. Pendapat kedua ialah harus bekerja di perbankan konvensional jika tidak bekerja di bahagian yang menjana riba, seperti tidak bekerja apa-apa bersangkutan aktiviti langsung pinjaman samada menjadi pegawai meluluskan dan memproses pinjaman atau aktiviti pemasaran produk pinjaman. Maksudnya harus bekerja seperti ahli IT, tea lady atau pegawai audit yang tiada bersangkutan dengan aktiviti pinjaman.
2. Walau bagaimana pun UZAR berpendapat, sebagai seorang Islam, kita wajib mengelak daripada terlibat dengan aktiviti penjanaan riba. Maka wajib cari kerja lain secara berterusan di perbankan Islam atau mana2 kerjaya lain yang harus. Jika masih belum dapat kerja lain, maka harus diniatkan mencari ilmu di perbankan konvensional dan berdoa agar Allah SWT luaskan rezeki untuk mendapat pekerjaan yang tiada bersangkutan dengan riba. Insya Allah..
Boleh ikuti video penjelasan UZAR mengenai perkara ini di sini https://youtu.be/xJsz5yyfwlM
Wallahu’alam…
Jauhi riba. Jauhi daripada berperang dengan Allah SWT dan RasulNya. Insya Allah…
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran
Tumpang tanya , apakah hukum sumber pendapatan melalui adsense?
Ada terbaca juga jawapan Uzar tentang isu ini cuma masih ada persoalan dari iklan yang mempunyai gambar wanita yang tidak menutup aurat. Ada pendapat mengatakan bahawa jika bukan wanita muslim, maka tidak mengapa . mohon penjelasan .