Ilmu Pelaburan Hartanah

Sedang nak menghadam ebook ini.

Hasil tulisan peguam hartanah yang berpengalaman 15 tahun. Tulisan-tulisan di dalam ebook ini sangat padat.

Jarang-jarang sekali ebook tentang urusniaga hartanah ditulis oleh peguam.

Selalunya ilmu pelaburan hartanah ditulis oleh pelabur hartanah dan juga oleh ejen hartanah. Tapi kali ini ilmu tentang urusniaga hartanah.

Ilmu pelaburan hartanah adalah untuk belajar secara memiliki unit dan lokasi hartanah strategik. Juga ilmu tentang strategi pelaburan hartanah seperti sewaan, homestay, rumah lelong, flipping, sub-let, dijadikan asrama, rumah under construction dan sebagainya.

Manakala ilmu urusniaga hartanah ialah proses dan prosedur urusniaga membeli hartanah sub sale, lelong, prosedur bank, pindah milik waris, LPPSA dan sebagainya.

Kedua-dua ilmu pelaburan hartanah dan urusniaga hartanah adalah ilmu yang saling lengkap melengkapi. Macam ilmu pilih durian berkualiti dengan ilmu berniaga durian. Eh, betul ke analogi ni? Hahahaha.

Kandungan ebook ini memang padat dan lazat. Ada 20 bab tentang prosedur jual beli tanah berpandukan undang-undang Malaysia dan ditulis dengan bahasa yang mudah untuk orang awam faham.

Boleh rujuk gambar-gambar yang dikongsi untuk lihat keseluruhan topik dalam ebook ini.

Berapa agaknya nilai sebenar tulisan seorang peguam yang berpengalaman ini? Kalau dibandingkan dengan ilmu dan pengalaman yang dikongsi, ia akan boleh mencecah ribuan ringgit. Tapi melalui pakej ini, tak sampai seratus pun.

Malah ada cara untuk dapat “percuma” ebook ini, kalau ada nak. Nak tau?

Siapa yang dah sertai Channel Telegram saya, dah tau dah caranya. Hihi…

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com