Imbau Artikel 10 Tahun Lalu
Imbau Artikel 10 Tahun Lalu
Pagi ini mengimbau tulisan-tulisan saya 8, 9, 10 tahun lepas, pada tarikh yang sama hari ini.
2012
Info RM | Harta bukan sekarang wang.
Badan yang sihat, pasangan yang mendamaikan, anak-anak yang soleh, keluarga yang bahagia, masa yang lapang juga merupakan harta yang tidak ternilai dan ditukarganti dengan wang ringgit.
2011
Hidup umpama secawan kopi | Fokus kepada kopinya, bukan cawannya kerana kecantikan cawan tidak mempengaruhi kesedapan kopi.
2010
Tip Kewangan | Setiap produk kewangan mempunyai fungsi dan matlamat spesifik; takaful untuk perlindungan, unit amanah untuk pelaburan, dan bank untuk simpanan. Tiada produk hebat “semua dalam satu” yang mampu mencapai semua matlamat kewangan dengan hasil yang hebat. Tidak mungkin handset secanggih blackberry boleh mempunyai fungsi kamera DSRL.
2010
Saya pernah terjumpa pemilik bisnes yang hiasan pejabatnya cukup cantik dan sangat menarik tetapi bisnesnya biasa-biasa sahaja, manakala satu situasi lagi pemilik bisnes yang pejabatnya sempoi dan lansung tidak menarik malah boleh dilihat tidak kemas tetapi bisnesnya cukup kencang!
2010
Tip Bisnes | Satu kesilapan besar bagi sesiapa yang baru merancang untuk memulakan bisnes adalah mencari pejabat. Sebenarnya, tanpa pejabat pun bisnes tetap boleh dimulakan.
—-
Alhamdulillah, ia konsisten dengan apa yang saya lakukan selama ini.
Siapa yang friend dengan saya sejak tempoh itu? Terima kasih atas persahabatan maya ini
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran