Tidak dapat dinafikan, peluang kerjaya dalam bidang kewangan merupakan antara kerjaya yg menawarkan pendapatan yg tinggi. Setiap tahun, statistik penyertaan ke dalam bidang ini sungguh memberangsangkan. Memang ada yg sudah menjadi jutawan dalam masa singkat apabila menyertai bidang ini terutama yg menyertai dalam bidang jualan seperti ejen takaful, ejen insurans, ejen unit trust dan lain-lain.