Infografik-Analogi Mudah Definisi Hutang Negara
Memahami Hutang Kerajaan RM 1 Tirilion
Ramai yang masih tertanya-tanya, berapakah sebenarnya hutang negara? 1 Trillion atau 600 billion? Jumlah itu agak jauh berbeza, hampir sekaliganda.
Dari banyak-banyak penulisan tentang perkara ini, saya kira penulisan sahabat saya Sdra Syahir Che Sulaiman ini lebih mudah difahami.
Boleh rujuk tulisan penuh di page beliau Syahir Sulaiman. Beliau memang pakar dalam bidang eknomi. Dean list ketika di UIA dahulu. Saya hanya D list.
Boleh baca tulisan beliau di https://www.facebook.com/syahirnomic/posts/2014711298779207
Ya, ya. Saya tahu tulisan itu panjang.
Jadi saya tolong lukis dan buat infografik. Puas hati? Hahaha….
OK, kembali kepada topik.
Saya kepilkan sebahagian yang releven dari tulisan beliau untuk memudahkan rakan-rakan memahami konteks hutang negara ini dengan analogi hutang peribadi isi rumah.
“Menteri Kewangan menyebutkan bahawa, keseluruhan hutang dan liabiliti kerajaan Persekutuan telah mencecah RM1.08 trilion atau 80.3% berbanding KDNK setakat 31 Disember 2017, melibatkan tiga komponen berikut:
a. Hutang Kerajaan Persekutuan berjumlah RM686.8 bilion (50.8% KDNK);
b. Hutang Jaminan Kerajaan berjumlah RM199.1 bilion (14.6% KDNK); dan
c. Hutang pajakan dan caj berkaitan projek Kerjasama Awam Swasta berjumlah RM201.4 bilion (14.9% KDNK).
Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan Akta Pembiayaan Kerajaan 1983 telah menetapkan ‘had siling pinjaman berkanun’ Kerajaan Persekutuan berbanding KDNK adalah 55 peratus, sebagaimana yang ditentukan oleh Kementerian Kewangan.
Analogi ringkas untuk memahami angka hutang RM1 trilion ini adalah dengan perumpamaan seorang bapa yang mempunyai hutang dan liabiliti berjumlah RM1 juta, melibatkan tiga komponen berikut:
a. Hutang pinjaman bank berjumlah RM600K;
b. Hutang jaminan PTPTN anaknya berjumlah RM200K; dan
c. Hutang pajakan dan sewaan berjumlah RM200K.
Jelas perbezaan definisi yang amat ketara di antara kategori hutang dan liabiliti tersebut. Namun secara berkanun, hanya ‘hutang rasmi’ dikira sebagai Hutang Kerajaan Persekutuan, sebagaimana ‘hutang peribadi’ di peringkat individu dan isi rumah.
Perbezaan kategori ini membawa implikasi yang sangat besar terhadap kedudukan kewangan dan penarafan kredit pihak kerajaan mahupun individu, yang pastinya akan membawa kepada implikasi besar terhadap keyakinan institusi kewangan dan pelabur terhadap sesebuah kerajaan mahupun individu tersebut.”
Dah tolong lukis ni, faham tak?
Afyan Mat Rawi, IFP
(Klik follow dan see first untuk lagi tip-tip kewangan dan kehidupan)
Sertai Channel Telegram https://t.me/tipsRM utk info yg lebih padat.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran