fbpx

Infografik-Gaji vs Persediaan Raya

  • 6 years ago
  • 4Minutes
  • 646Words
  • 472Views

Ini slide yang saya gunakan ketika bersiaran di TV Al-Hijrah beberapa hari lepas dalam rancangan Assalamualaikum.

Topik yang diberikan ialah “Gaji vs Persediaan Raya”

Topik tersebut adalah berkisar tentang situasi yang dihadapi oleh penjawat awam yang menerima gaji awal sempena perayaan nanti.

Penjawat awam baru sahaja menerima gaji pada 24 Mei, minggu lepas dan akan terima seterusnya pada 7 Jun, seminggu lagi.

Berita buruknya pula ialah, gaji pada bulan berikutnya pula diterima pada 25 Julai 2018, yakni 48 hari selepas gaji diterima pada 7 Jun 2018.

Ya, 48 hari!!!

Kira-kira 7 minggu atau sebulan setengah. Satu tempoh yang cukup-cukup-cukup lama dan menyekakan jika tidak ada perancangan.

Jadi slot tersebut. ini memberikan beberapa tip dan panduan kepada para penjawat awam untuk menguruskan gaji sebegini, dan ia juga boleh digunakan pada masa-masa akan datang kerana situasi yang sama turut dijadualkan akan berlaku pada bulan September sempena sambutan Aidil Adha dan bulan Disember bagi sambutan Krismas.

Saya bahagikan kepada 3;
1. Persediaan mental
2. Sepanjang bulan Ramadhan
3. Persiapan perayaan

Berikut kupasan saya satu per satu.

===

1. Persediaan mental dan persiapan awal

Ingat, yang berlaku hanyalah “terima gaji lebih awal”, bukan “terima gaji lebih banyak”. Anda hanya menerima gaji 1 minggu lebih awal, bukan menerima gaji 1 minggu lebih banyak. Menganggap penerimaan gaji lebih awal sebagai bonus adalah petanda buruk dalam perancangan kewangan.

Oleh itu, belanja secara normal seolah-olah gaji diterima macam biasa.

Gaji bulan Mei diperuntukkan sehingga hujung Jun.

Kemudian gaji bulan Jun yang diterima hari ini, guna selepas dapat gaji nanti.

Rancang perbelanjaan menjelang musim perayaan dengan baik. Selalunya perbelanjaan akan meningkat setiap kali menjelang musim perayaan. Jadi, jika tidak dirancang dengan baik, ditambah pula dapat gaji lebih awal – kita akan lebih terdorong berbelanja.

2. Sepanjang Bulan Ramadhan
Usah membazir. Mengikut data yang dikeluarkan baru-baru ini, rakyat Malaysia membazirkan 270,000 tan makanan! ia menunjukkan bahawa rakyat Malaysia suka membazir dalam membeli makanan.

Hadkan perbelanjaan di bazar Ramadhan. Caranya ialah dengan membawa wang yang cukup-cukup sahaja seperti RM5 atau RM10 atau RM20 sahaja supaya kita tidak berbelanja melebihi had. Jika tidak pergi ke bazar Ramadhan adalah lebih baik. Sehari dapat jimat RM20, maka sebulan kita dapat jimat RM600.

Jika ke bazar Ramadhan juga, tahan nafsu lapar anda. Di bazar Ramadhan kita tentu rasa ingin membeli semua makanan yang kita suka, tapi ketahuilah bahawa bulan puasa ada 30 hari dan jika sehari kita beli 2 jenis makanan, sebulan ia berjumlah 60 jenis. Esok masih ada.

Memasak makanan sendiri adalah lebih afdhal, lebih baik dan lebih ekonomi.

Ambil kesempatan waktu pulang yang lebih awal berbanding di luar bulan Ramadhan untuk menyediakan makanan sendiri.

3. Persediaan Perayaan

Bersederhana adalah lebih baik. Ada yang lebih penting daripada baju raya, kuih raya, kereta raya, perabot raya, langsir raya dan sebagainya – iaitu ikatan silatur-rahim sesama ahli keluarga dan sanak saudara. Fokus kepada aktiviti ziarah menziarahi bukan kepada menunjuk-nunjuk.

Baju raya – jika baju tahun lepas masih molek, maka eloklah gunakannya sekali lagi. Jika beli baju baru, belilah pakaian yang boleh dipakai di luar musim perayaan agar ia tidak membazir dan terperok di dalam almari selama 11 bulan di luar musim raya. Lebih malang lagi, apabila hendak dipakai pada raya berikutnya, saiz baju semakin mengecil.

Hias rumah tidak semestinya dengan perabot dan langsir baru. Mungkin dengan hanya cat dengan warna yang lain boleh memberikan pemandangan baru kepada rumah umpama rumah baru.

Merancang untuk tukar kereta sempena raya? Elok fikirkan alternatif menaiki pengangkutan awam atau menyewa sahaja di musim perayaan. Lebih menjimatkan berbanding membayar ansuran bulanan kenderaan yang terpaksa kita tanggung 11 bulan berikutnya, dan 7 – 9 tahun hutang. Tidak masuk lagi kos-kos lain memiliki kenderaan seperti petrol, roadtax, insurans kenderaan, servis dan sebagainya. Jika selama ini kenderaan sedia ada sudah memadai, kekalkan.

Jangan buat hutang. Cukup-cukplah dengan hutang sedia ada dan jangan tambah lagi hutang baru. Jauhkan sama sekali hutang baju raya, hutang kuih raya, hutang perabot, dan segala macam hutang yang hanya untuk kepuasan sementara.

Elakkan #nerakawang di musim perayaan.

Afyan Mat Rawi
Jemput klik follow dan see first untuk lagi tip-tip kewangan dan kehidupan.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ada 2 isu utama yang sedang berlegar 1) Tabung Harapan…