Ini antara aset terbeku yang perlu anda tahu
Dipetik dari FB Hamizan Meechan
Ada kes isteri segan/takut untuk suruh suami ambil takaful dan hibahkan kepada isteri andai si suami meninggal dunia.
Kenapa takut? Kenapa khuatir?
Kerana nanti suami fikir yang bukan-bukan, sebagai contoh
“Kau nak aku mati ke?”
Duhai cik abang, takaful bukan untuk mati saja, unless you ambik or fokus perlindungan kematian. Takaful boleh diguna semasa sakit kritikal/lumpuh kekal. Medical Card itu boleh diguna untuk cover kos rawatan, pampasan sakit kritikal boleh diguna untuk replace income anda.
Eh? Replace income? Kenapa?
Kerana anda punya company sudah buang anda sebab diri anda tiada value sudah. Slogan “we are a family” cuma berguna bila anda boleh buat profit. Kerana itu perlu Income Protection, nak bayar hutang-hutang, keperluan isteri anak dll. Jumlah yang diperlukan biar cukup 5-10 tahun gaji. Cukuplah untuk survive dan isteri boleh adapt dengan ujian tersebut.
Tapi kalau meninggal dunia, lagi susah sekiranya kita suami pergi dulu. Kita tidak boleh nyanyi lagu
“Andainya aku pergi dulu sebelum mu, janganlah bersedih hati”
Tidak dapat itu macam, naluri seorang insan memang akan menangis bersedih. Tapi cukuplah sedih kerana kehilangan orang tersayang. Jangan mereka bersedih anda meninggalkan hutang atau membuat keputusan salah semasa di dunia.
Memang kebanyakan hutang tidak wajib waris bayar, tapi bila sudah sayang, mana sanggup bernafas sambil mengenang si suami mati tidak sempat settlekan hutang.
Nak urus harta pusaka ini kena ada ilmu, ada kosnya juga. Yang pernah menguruskannya saja tahu.
Meechan
INFAQ Consultancy
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran