Ini Beza Antara Perniagaan Dan Pelaburan
Takkan seorang CEO tidak tahu perbezaan di antara pelaburan dengan perniagaan?
Perbezaan di antara PERNIAGAAN dan PELABURAN.
PERNIAGAAN = Pendapatan secara aktif.
PELABURAN = Pendapatan secara pasif.
Contoh:
Beli saham hari ini, dengan harapan dapat jual balik pada waktu petang dgn beroleh keuntungan = PERNIAGAAN. Lebih tepat ia aktiviti TRADING.
Beli saham hari ini, dan tunggu beberapa bulan / tahun untuk mendapat keuntungan. Dalam tempoh itu, perlu monitor sekali sekala = PELABURAN.
Contoh 2:
Jadi ejen hartanah. Promote hartanah dan dapat untung apabila ada pembeli = PERNIAGAAN.
Beli rumah dan sewakan. Dapat untung apabila kadar sewa lebih tinggi daripada installment = PELABURAN.
Contoh 3:
Beli jubah BOLLA AMMORA, dan kemudian iklankan di internet dan jual kepada pembeli = PERNIAGAAN.
Beli saham syarikat BOLLA AMMORA dan apabila harga saham meningkat kita dapat untung = PELABURAN.
Contoh 4:
Bangun pagi, pergi pasar beli beras, lada, kacang, timun dan segala bagai dan masak nasi lemak dan kemudian buka patung dan jual nasi lemak = PERNIAGAAN.
Bagi duit kpd Mak Cik nasi lemak sebagai modal untuk dia berniaga nasi lemak. Apabila dapat untung, kita pun dapat keuntungan = PELABURAN.
Contoh 5:
Beli durian dari petani, dan jual di pasar = PERNIAGAAN.
Tanam benih durian, tunggu beberapa tahun untuk dapat buah durian sebelum dijual kepada peraih = PELABURAN.
KESIMPULANNYA:
Jika perniagaan itu disamakan dgn pelaburan, jadi di mana saya boleh membuat pelaburan karipap dgn keuntungan 10,000%?
Saya nak melabur RM1 supaya jadi RM10,000.
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran