fbpx

Ini kisah tentang Dato KJ yang anda mungkin tidak tahu

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 340Words
  • 229Views

Minggu lepas lalu kawasan Cheras dan nampak papan poster calon ini.

Mula-mula nampak daripada jauh, saya sangkakan calon BN sebab warnanya biru.

Apabila dekat, nampak wajah yang cukup dikenali ini, “Eh, Dato KJ”.

Kemudian baru perasan itu poster Perikatan Nasional. Confuse betul. Saga yakin ramai juga pengundi yang confuse PN dengan BN lantaran nama dan warna dekat-dekat sama.

(Mesti dalam komen nanti ada yang komen PN dan BN bakal bergabung selepas PRU. Hahahah)

Kali pertama saya kenal beliau apabila mengumumkan kemasukan ke dalam PAS daripada Umno sekitar zaman Reformasi 1998, dan dipanggil dengan nama mesra Dato’ KJ.

KJ yang ini bukan Khairy Jamaluddin ya. Masa tu, nama KJ Khairy Jamaluddin masih belum muncul dalam arena politik negara.

Selepas menyertai PAS, beliau dilantik Setiausaha Agung parti oleh Allahyarham Dato’ Fadzil Noor. Pelantikan itu agak kontroversi juga sebab beliau dikatakan “orang Anwar”.

Kali terakhir nama beliau saya ingat, ialah apabila keluar daripada parti apabila berlaku krisis pertembungan ulama’ vs professional dalam PAS yang membawa kepada penubuhan Parti Amanah Negara.

(Mesti ada yg tanya / pertikai kenapa saya tak gunakan panggilan PAN. Prinsip saya mudah, kalau kita tak suka dipanggil dengan gelaran yg tidak disukai, jangan panggil orang lain gelaran sama)

Saya sangkakan beliau menyertai parti serpihan PAS itu bersama rakan-rakan profesional lain seperti Khalid Samad, Mujahid Yusuf Rawa, Hatta Ramli dan lain-lain.

Tapi rupa-rupanya beliau menyertai PKR. Saya tahu lepas Google tadi 😂

Selepas itu saya tak mengikuti sangat perkembangan beliau, dan baru perasan sekarang beliau bersama Bersatu di dalam Perikatan Nasional. Dan saya baru perasan beliau juga timbalan menteri dalam kabinet PN. Banyak sangat menteri, sampai tak perasan 😆

Itulah politik. Kalau ahli parti musuh masuk ke parti kita, dipanggil berhijrah. Tapi kalau ahli parti kita masuk parti lawan, dipanggil katak yang melompat.

Sama ada lompat atau hijrah, pemimpin di atas makin kaya raya.

Rakyat di bawah bergaduh bagai nak rak, semakin pokai. Selepas PRU, nasib kita, kita sendiri tentukan, bukan politikus.

Saya hanya berkongsi pengalaman. Tahi politik tak dialu-alukan membuat komen. Komen lah di posting sendiri. Hahahaha!

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sebelum pilihanraya, seorang isteri berkata kepada suaminya; "Abang.... Kalau Abang…