fbpx

Ini sebab kenapa langgan takaful awal sangat berbaloi

  • 2Minutes
  • 219Words
  • 8Views

Minggu lepas saya review satu polisi pelanggan takaful saya.

Beliau mula mencarum sejak tahun 2015 untuk tujuan perlindungan pendapatan dan medical card.

Tanpa sedar, sudah 10 tahun berlalu.

Perkara pertama yang mengejutkan kami berdua ialah kadar sumbangan takaful beliau masih kekal sama seperti mula-mula daftar, walaupun sudah berlaku sekali repricing sepanjang tempoh itu.

Ya, berlaku sekali repricing dalam masa 10 tahun polisi, dan beliau masih bayar dengan sumbangan yang sama.

Perkara kedua yang mengejutkan ialah nilai tunai dalam polisi tersebut hampir tepat seperti dalam anggaran quotation yang saya hasilkan 10 tahun lepas.

Dan lebih menarik, salinan quotation tersebut masih ada dalam simpanan saya sampai sekarang.

Ketika beliau mula melanggan, umurnya 32 tahun dengan sumbangan takaful sebanyak RM4,800 setahun, bersamaan RM400 sebulan.

Dengan jumlah itu, beliau memperoleh perlindungan seperti berikut:

– RM500,000 untuk manfaat kematian

– RM500,000 untuk manfaat hilang upaya kekal

– RM400,000 untuk penyakit kritikal

– Medical card tanpa had tahunan

– Room & board RM200 semalam

– Manfaat R&B ini meningkat 10% setiap 3 tahun jika tiada tuntutan

Jika hari ini ada orang nak langgan pelan seperti ini, maaf cakap, produk seumpama ini sudah tiada lagi dalam pasaran. Hanya pelanggan sedia ada sahaja boleh teruskan.

Terima kasih sahabat kerana mempercayai saya selama 10 tahun.

Dan syukur kepada Allah yang beri kami berdua kesihatan dan rezeki berpanjangan.

Su,ber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Khalid Al-Walid pernah digugurkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab daripada jawatan…