fbpx

Inilah punca sebenar repricing medical card

  • 2Minutes
  • 255Words
  • 34Views

Inilah punca kenapa berlaku repricing medical card dan kenaikan bayaran sumbangan takaful.

Sebabnya, hospital dan doktor mengenakan bayaran yang lebih tinggi kepada pesakit yang menggunakan medical card berbanding bayaran tunai!

Bayangkan, caj rawatan yang dikenakan oleh hospital swasta terhadap pengguna medical card ada yang mencecah sehingga 3 hingga 4 kali ganda!

Inilah hakikat yang ramai tidak tahu.

Selama ini, apabila berlaku repricing medical card dan kenaikan harga, ramai pengguna hanya menyalahkan syarikat takaful dan menyindir ejen-ejen takaful seolah-olah mereka mendapat keuntungan besar.

Walhal, kenaikan tersebut sebenarnya berpunca daripada kenaikan kos hospital yang menyebabkan tabungan tabarru’ takaful berkurangan.

Apabila tabungan takaful berkurangan, ia perlu ditambah dengan cara repricing untuk memastikan ia kekal sustain bagi menampung claim-claim pada masa akan datang.

Sebenarnya, 95% daripada bayaran kenaikan harga sumbangan takaful medical card dimasukkan ke dalam tabungan tersebut, manakala hanya 5% sahaja dikenakan sebagai caj wakalah untuk kos operasi syarikat takaful

Komisen ejen pula sekitar 2%, malah ada juga yang tidak mendapat komisen langsung (0%).

Ejen pun tidak mendapat keuntungan besar daripada kenaikan harga medical card jika dibandingkan dengan beban sumpah seranah yang terpaksa ditanggung.

Lebih berbaloi untuk fokus mendapatkan pelanggan baru berbanding berharap pada repricing ini.

Kepada rakan-rakan ejen takaful, tolong didik para pelanggan dengan betul apabila mempromosi medical card.

Ia bukan magical card yang semua cover apabila dimasukkan ke hospital

Tidak dapat dinafikan pernah berlaku kes ejen takaful sendiri yang mengajar pelanggan untuk abuse penggunakan medical card dan buat tuntutan elaun hospital.

Justeru untuk menangani isu ini melibatkan semua pihak yang terlibat dalam industri kesihatan dan takaful.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?