Interpac Dana Safi Terbaik Tahun 2020
Ehem, ehem…. Hensem tak kami?
Setahun memerhatikan Dana Safi
Sejak tahun lalu saya memerhatikan dana ini.
Dana ini namanya Dana Safi daripada Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd atau lebih dikenali Interpac Dana Safi.
Dana ini sudah lama ada dalam pasaran iaitu sejak tahun 2007.
Kenapa saya tertarik dengan dana ini? Sebabnya sekarang dana ini diuruskan oleh seorang tokoh fund manager terkenal yang tidak asing lagi, iaitu DDNK a.k.a Dato’ Dr Nazri Khan!
Anda masih ingat beliau? Tak hensem takpe, janji kaya!
Kenapa saya tiba-tiba terlintas hendak kongsikan perkara ini? Kebetulan ada komen bertanya di IG saya; “DDNK ni scammer ke?”.
Hahahaha. Beliau bukan scammer tapi cara beliau sangat-sangat-sangat hype.
DDNK baru ambil alih sebagai fund manager dana ini sejak hujung tahu lepas dan pulangan dana itu sekarang sangat-sangat mengagumkan berbanding sebelum beliau ambil alih.
Tambah menarik lagi, DDNK bukan sahaja sebagai fund manager, malah beliau juga sebagai CEO baru syarikat pelaburan Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd!
Wow!!! Bukan senang nak cari fund manager dalam masa sama sebagai CEO syarikat pelaburan. Selain syarikat ini, yang saya tahu seumpamanya ialah syarikat PHEIM Unit Trust Berhad yang mempunyai CEO dan fund manager yang sama, dan produk pelaburan Dana Makmur PHEIM juga antara dana pelaburan yang sangat perform.
Tuan-Puan boleh semak sendiri perkara ini. Kalau silap, mohon teguran.
Analisa Dana Safi Interpac
Baik, jom kita tengok analisa Dana Safi Interpac ini.
Ini prestasi pulangan purata tahunan (annualised return) dana ini.
1 tahun: 85.68%
2 tahun: 41.18%
3 tahun: 13.17%
5 tahun: 15.12%
10 tahun: 9.01%
Ini pula pulangan terkumpul (cumulative return)
1 minggu: 2.68%
1 bulan: 5.65%
3 bulan: 21.76%
6 bulan: 48.39%
Year To Date: 0.41%
1 tahun: 85.68%
3 tahun: 45.00%
5 tahun: 102.15%
10 tahun: 136.88%
Sejak pelancaran: 212.68%
Semua maklumat di atas berdasarkan laman web Fund Super Mart yang dikemaskini pada tarikh 7 Januari 2021.
Nampak tak performance dana ini selepas DDNK dilantik sebagai CEO merangkap fund manager?
Sungguh WOW!!!!
Dana patuh syariah
Dana ini ialah dana patuh syariah. Ia dalam kategori Equity Gwoth (Syariah). Berdasarkan laporan daripada Lippee, tahap volatality 3 tahun dana ini sangat tinggi iaitu 27.3%, manakala sharpe ratio ialah 0.5.
Apa maksudnya? Maksudnya pelabur kena “tahan” untuk melihat naik turun dana ini. Pada saya ia adalah dana yang bagus kerana ia merekodkan keuntungan lebih tinggi daripada kadar volatility.
Ia dilaburkan ke dalam fix income securities dan pasaran modal di Malaysia. Antara 3 kaunter terbesar dana ini ialah
- Greatech Technology Berhad
- Vitrox Corporation Berhad
- Inari Berhad
Apapun prestasi ini bukan jaminan untuk keuntungan masa hadapan. Harga sedang tinggi.
Kalau nak invest direct dengan kompeni Interpac, sudah tidak boleh. Mereka sedang buat persediaan untuk pelancaran dana baru.
Namun ada berita baik, kalau nak invest secara online, guna link di bawah. Jangan klik, tapi copy paste masuk ke browser.
Kalau klik, ia akan keluar error. Jadi, kena copy paste link. Nanti saya bagi di ruang komen utk memudahkan copy paste.
Ini link yg dimaksudkan: Baca di sini
(Link ini mempunyai sekuriti tinggi tahap Gaban. Jika error, copy paste link penuh di hujung tulisan ini dan masukkan ke browser)
Untuk buka akaun, perlu pilih dahulu dana Phillip Islamic Fund dengan kos RM1 sahaja.
Kemudian boleh pilih nama dana ini, Interpac Dana Safi. Boleh mula dengan minima RM100. Saya galakkan buat secara RSP atau Regular Saving Plan untuk memaksimakan pulangan pelaburan.
Pelaburan ini mempunyai kos dan risiko tertentu. Boleh baca detail dalam fund fact sheet dana ini.
Ada satu lagi berita baik. Saya Sedang mencari Marketing Representative utk memasarkan produk ini melalui Team INFAQ Investment.
Ia terbuka kepada sesiapa sahaja, termasuk rakan-rakan daripada ejensi unit trust syarikat lain utk memasarkan dana ini dan produk pelaburan Private Mandate Account yang ada bersama kami.
Kerjaya sebagai Marketing Representative atau MR adalah melalui exam di SIDC, jadi ia tidak bertindan dengan kerjaya sebagai perunding unit trust di bawah FIMM.
Jika berminat untuk sertai INFAQ Consultancy dalam #TeamInvestment, boleh PM tepi.
Tiada jaminan keuntungan
Ini adalah pelaburan dengan risiko dan kos tersendiri. Tiada jaminan keuntungan. Yang untung besar sekarang ialah yang dah invest setahun lalu.
Akan datang? Tiada siapa yang tahu. Saya menjangkakan DDNK mampu membuat lebih banyak kejutan dan keuntungan. Kita tengok 3 bulan, 6 bulan, setahun akan datang.
Step by step buka akaun FAME
1. Kena copy paste ke browser. Sekuriti tahap Gaban. JANGAN KLIK. Nanti error
https://www.fame.com.my/Home/openAcc?QWNjVHlwZT1VVCUyME5vbi1XcmFwJldyYXBGZWU9MC4wMCZBQ29kZT1QTUIwMDc0MA==
Guna PC atau laptop lebih baik. Jika guna phone, mungkin kena pusingkan handphone guna mode landscape.
2. Pilih individual
3. Isi semua maklumat
4. Pilih dana Phillip Islamic dgn kos RM1 minima utk buka akaun
5. Attach IC utk pengesahan.
6. Emel pengesahan akan dihantar dlm masa 24 jam
7. Selepas dpt emel, mesej ke 0192667025 dan beritahu nak invest dlm dana ini. Beritahu nak buat regular setiap bulan
8. Admin akan bagi instruction melalui emel
7. Pelanggan login sistem FAME utk buat instruction seterusnya
NOTA PENTING: Ini adalah platform pelaburan Single License Investment yg mempunyai kos dan risiko tersendiri. Prestasi masa lampau tak menjamin pulangan masa hadapan.
DDNK pun dah ada buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW. Dapatkan di www.bukuBMW.com
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran